Photo Raya 2010

“YA Allah, ampunilah aku dan ampunilah kedua-dua ibu bapaku dan cucurilah rahmat kepada mereka sebagaimana mereka mencurahkan kasih sayangnya memelihara dan mendidikku ketika kecil.”

Kelab Belia Haluan Ipoh

Sebuah kelab yang berdaftar di bawah Kementerian Belia dan Sukan. Boleh layari http://kbhi.blogspot.com untuk mengenali perjalanan dan aktiviti kelab ini

Untukmu Palestina Tercinta

Ya Allah, bantu dan selamatkan saudara kami kaum muslimin di Palestina. Ya Allah, timpakanlah kekalahan kepada orang-orang Yahudi terlaknat dan penolong-penolong dan sekutu-sekutu mereka.

Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadhan

"Wahai orang-orang beriman, diwajibkan keatas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan keatas orang-orang sebelum kamu, supaya kamu bertaqwa..." (Surah Al-Baqarah).

Chelsea 2011/2012

"The 4-3-3 is a system for us in the end where it is not just a striker, it is three forwards in the end, and we have this flexibility in the squad." Andre Villas-Boas

Followers

Saturday, September 26, 2009

Zikrul Maut




كُلُّ نَفْسٍ ذَائِقَةُ الْمَوْتِ وَنَبْلُوكُم بِالشَّرِّ وَالْخَيْرِ فِتْنَةً وَإِلَيْنَا تُرْجَعُونَ
"Tiap tiap yang berjiwa akan merasakan mati. Kami akan menguji kamu dengan keburukan dan kebaikan sebagai cubaan (yang sebenar-benarnya). Dan Hanya kepada kamilah kamu dikembalikan." (Surah Al-Anbiya' : Ayat 35)

Juz nak kongsi video ni di mana ada tunjuk tragedi kematian player Benfica, Miklos Feher(24) di atas padang selepas dilayang kan kad kuning. Kategori "sudden death" la. Waktu aku tengok video ni, memang feel ingat mati cukup kuat. Agak tergamam bila tengok video ni. Tapi, manusia mudah lupa. Lepas 2 dah tak ingat dah pasal video ni. Sebenarnya, kita nak kena sedar bahawa DEATH IS JUST AROUND THE CORNER. Selalu2 la kita mengingati mati (zikrul maut) agar kita merasa lebih dekat dengan Allah. Kita sendiri tak tahu bila waktu Allah nak panggil kita pulang. Mungkin esok atau mungkin sekejap lagi. Sama2 la kita muhasabah diri agar kita mendapat pengakhiran yang baik (husnul khatimah) dan bukan nya pengakhiran yang buruk (su'ul khatimah).

Sebuah hadis Nabi s.a.w yang diriwayatkan oleh Abdullah bin Abbas r.a, bahawa Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:

"Bahawa malaikat maut memerhati wajah setiap manusia di muka bumi ini 70 kali dalam sehari. Ketika Izrail datang merenung wajah seseorang,didapati orang itu ada yang sedang gelak ketawa. Maka berkata Izrail: Alangkah hairannya aku melihat orang ini, sedangkan aku diutus oleh Allah Taala untuk mencabut nyawanya, tetapi dia masih berseronok-seronok bergelak ketawa."

1 hari = 24 jam = 1440 minit 1440 minit / 70 = 20.571 minit. Ini bermakna malaikat maut menziarahi kita setiap 21 minit.

-Wallahu'alam-


At Last...



Alhamdulillah, at last ada gak peluang untuk "memiliki" blog sendiri...Sebelum ni keje dk visit blog orang lain je...Actually, dah lama plan untuk buat blog tapi belum ada kesempatan...Alang2 dh cuti, trus la guna kan masa yang ada...Juz nice la...hehe


Tapi biasa la, payah gak nak maintain & update blog ni...Takut hangat2 tahi lembu je...Moga Allah bagi kekuatan dan ruang untuk trus maintain kan blog ni dan boleh dijadi kan medan untuk kita sama2 berkongsi pendapat & mcm2 benda lain...
InsyaAllah....

Friday, September 25, 2009

Pembuka Kata



1. "Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani"
2. "Pujian bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam"
3. "Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani"
4. "Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari Akhirat)"
5. "Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah, dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan"
6. "Tunjukilah kami jalan yang lurus"
7. "Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang dimurkai ke atas mereka, dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat"



Bacaan Al-Fatihah dalam zikir Ma'thurat merupakan bacaan yang agung. Mengandungi pahala yang besar jika membaca dan menghayati setiap makna ayat tersebut.
Rasulullah s.a.w. bersabda "Demi Allah yang nyawaku di tangan-NYA belum ada surah yang diturunkan di dalam Taurat, Injil, Zabur atau Furqan yang menandinginya. Dialah tujuh Mithani dan Quran yang agung yang diberikan kepadaku."

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More