Photo Raya 2010

“YA Allah, ampunilah aku dan ampunilah kedua-dua ibu bapaku dan cucurilah rahmat kepada mereka sebagaimana mereka mencurahkan kasih sayangnya memelihara dan mendidikku ketika kecil.”

Kelab Belia Haluan Ipoh

Sebuah kelab yang berdaftar di bawah Kementerian Belia dan Sukan. Boleh layari http://kbhi.blogspot.com untuk mengenali perjalanan dan aktiviti kelab ini

Untukmu Palestina Tercinta

Ya Allah, bantu dan selamatkan saudara kami kaum muslimin di Palestina. Ya Allah, timpakanlah kekalahan kepada orang-orang Yahudi terlaknat dan penolong-penolong dan sekutu-sekutu mereka.

Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadhan

"Wahai orang-orang beriman, diwajibkan keatas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan keatas orang-orang sebelum kamu, supaya kamu bertaqwa..." (Surah Al-Baqarah).

Chelsea 2011/2012

"The 4-3-3 is a system for us in the end where it is not just a striker, it is three forwards in the end, and we have this flexibility in the squad." Andre Villas-Boas

Followers

Tuesday, March 23, 2010

Futsal FKA

Bertarikh 21 Mac 2010 yg lepas, suatu tournament futsal telah dianjurkan oleh Persatuan Kejuruteraan Awam (PERKA)..Tournament tersebut diadakan di Sport Planet Shah Alam.."Kami" pun decide untuk hantar team yang telah diketuai oleh Adham Shuaib..Dia dengan penuh semangat, telah "membeli" beberapa barisan pemain iaitu Basyir, Mutalip, Najmuddin, Faizul, M.Nur dan Ahmad Yusuf(aku)..Actually, kami join tournament ni takde pun target nak sampai ke peringkat tinggi..Tapi rezeki Allah nk bagi, tanpa kami sangka kami berjaya menempah tempat ke-3..Alhamdulillah, suatu pencapaian yang tak disangka2..Moga kita teruskan semangat PUALAM Z FC ni untuk next tournament..InsyaAllah..

Poster FKA Futsal Tournament

Barisan pemain Pualam Z FC

Bersama penyokong2 tegar

Sesi menjamah hamper

Friday, March 12, 2010

Berbaik Sangka

Terpanggil sekali lagi diri ini untuk sama2 kita saling ingat mengingati antara satu sama lain..Saling memperbaiki dalam rangka untuk terus mendekatkan diri kita kepada Allah..Kehidupan yang kita kecapi pada hari ini bermakna Allah terus memberi peluang kepada kita untuk terus istiqamah untuk menjadi hambaNYA yang taat..Maka janganlah kita kufur dengan nikmat2 yang Allah berikan kepada kita..InsyaAllah..

Bersangka baik di sini adalah perasaan rasa takut dan harap yang saling bergandingan, ataupun rasa takut itu mengatasi rasa harap..Dan perasaan ini lahir dari hati kita..Allah adalah yang utama yang kita perlu bersangka baik..Dan seterusnya sesama manusia lebih2 lagi sesama Muslim..

Reaksi seorang hamba yang bersangka baik dengan Allah :
  • Apabila melakukan ibadah, dia bersangka baik bahawa Allah akan menerima ibadahnya dan membalas dengan sebaik-baik ganjaran
  • Apabila berdoa, dia tahu bahawa Allah akan memakbulkan doanya
  • Apabila dia berdosa, maka dia segara bertaubat dan bersangka baik bahawa Allah menerima taubatnya dan mengampunkan dosanya
  • Apabila ditimpa musibah, dia bersangka baik bahawa di sebalik ujian itu pasti ada hikmahnya
Reaksi seorang hamba yang bersangka baik sesama manusia :
  • Berpandangan positif pada seseorang dan mengabaikan perkara2 negatif
  • Tidak membuka aib dan keburukan saudara seIslam yang lain
  • Saling menasihati andai terdapat kekurangan pada individu tersebut
  • Saling mendoakan kebahagiaan dan kesejahteraan
  • Mudah memaafkan
Moga hati kita akan terus ditarbiyah dalam melahirkan sifat2 mahmudah yang mampu kita praktikkan dalam kehidupan seharian kita..Diri ini bukanlah cukup bagus untuk memberi nasihat, tetapi atas dasar ingin saling lengkap melengkapi antara satu sama lain..Moga Allah permudahkan perjalanan hidup kita sebagai hambaNYA

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More