Photo Raya 2010

“YA Allah, ampunilah aku dan ampunilah kedua-dua ibu bapaku dan cucurilah rahmat kepada mereka sebagaimana mereka mencurahkan kasih sayangnya memelihara dan mendidikku ketika kecil.”

Kelab Belia Haluan Ipoh

Sebuah kelab yang berdaftar di bawah Kementerian Belia dan Sukan. Boleh layari http://kbhi.blogspot.com untuk mengenali perjalanan dan aktiviti kelab ini

Untukmu Palestina Tercinta

Ya Allah, bantu dan selamatkan saudara kami kaum muslimin di Palestina. Ya Allah, timpakanlah kekalahan kepada orang-orang Yahudi terlaknat dan penolong-penolong dan sekutu-sekutu mereka.

Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadhan

"Wahai orang-orang beriman, diwajibkan keatas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan keatas orang-orang sebelum kamu, supaya kamu bertaqwa..." (Surah Al-Baqarah).

Chelsea 2011/2012

"The 4-3-3 is a system for us in the end where it is not just a striker, it is three forwards in the end, and we have this flexibility in the squad." Andre Villas-Boas

Followers

Monday, December 28, 2009

Hantaran Buat Bakal

Selepas menempuhi sumpahan demi sumpahan, tahun berganti tahun akhirnya abang aku Muhammad Fadhli bin Razali a.k.a Achik telah pun selesai menjalani proses pertunangan beliau dan bakal kak iparku pada 26 Disember 2009..Alhamdulillah segalanya berjalan lancar..Segala macam maklumat telah pun dismpaikan dengan cantiknya tanpa sesi "berbalas pantun" di antara pihak lelaki dan pihak perempuan..Abah dengan tenang mewakili pihak lelaki manakala pihak perempuan ialah ayah beliau..Kenduri nye insyaAllah bulan...................TUNGGUUUUU!!!!!

Kek yang bakal dijamah

Baju+tudung untuk pihak perempuan

Cincin yang telah disarungkan oleh Mak di jari bakal

Tuala serta segala mak nenek barang mandian

Telekung yang diimport dari Vietnam

Buah-buahan tempatan ke ni??Macam bukan je

Sweet pelbagai jenis dan ragam

Handbag beserta sepasang kasut

Achik kelihatan tenang bersama hantaran yang pelbagai warna

Hantaran ni semua hasil tangan dan kreativiti Mak 'n' Cik Munah..Anda berminat??Boleh ikut kursus dengan beliau..Bilangan pelajar adalah terhad..Kepada Achik dan Kakcik, diharap dapat bersabar ye..Tak lama dah..Moga Allah mudahkan segala urusan dan menerima segala kegiatan kita sebagai amal soleh..

Saturday, December 26, 2009

Syukur

Setiap detik, Allah sentiasa memberi pelbagai nikmat dan anugerah kepada diri kita secara kita sedar atau pun tidak sedar..Betapa maha pemurah nya Allah, tak ada 1sen pun DIA charge kat kita..Contoh paling mudah dalam hidup kita, bernafas..Kita sendiri tak mampu nak kira berapa kali kita bernafas..Andai kata Allah charge kita setiap kali tarik oksigen, kena bayar 50sen..Boleh licin duit kita nak bernafas untuk sebulan..Tapi Allah itu maha pemurah lagi maha penyayang..Alhamdulillah

So, kita sebagai hamba Allah mesti melahirkan rasa kesyukuran tak terhingga kepada NYA atas kurniaan kehidupan dan segala nikmat yang kita perolehi setiap hari..Ada 6 aspek atau perkara dalam menterjemahkan syukur kita pada Allah s.w.t

- melalui HATI : kita berbuat baik kepada semua makhluk
- melalui LIDAH : melahirkan kesyukuran dengan puji-pujian kepada Allah
- melalui ANGGOTA BADAN : menggunakannya untuk taat pada Allah dan menjauhi maksiat
- melalui MATA : menjada pandangan dari melihat perkara maksiat
- melalui TELINGA : menjaga pendengaran dari mendengar perkara buruk

Bila deliti balik point2 syukur tadi, aku rasa macam memang banyak benda aku tak b'syukur..Berat syukur ni..Macam mana nak menjaga diri ni untuk benar2 syukur dan totally menjadi hamba kepada Allah..Selalu kita nampak syukur ni hanya lah dengan melafazkan Alhamdulillah..Tapi byk lagi perkara yang perlu diperbaiki untuk menjadi hamba Allah yang bersyukur..Sama2 la kita muhasabah diri dan terus perbaiki diri sementara Allah masih mengurniakan kita nikmat kehidupan untuk mencari bekalan bertemu NYA..InsyaAllah


"Syukur adalah taat seluruh badan, baik sembunyi mahupun terang-terangan serta secara lisan dan dalam hati. Secara tak langsung, ia akan mengelak dari maksiat"
-Ibnu Abbas-

Sunday, December 20, 2009

Rebut Peluang

Peluang merupakan suatu pemberian Allah kepada hambaNYA...Tak semua orang dapat peluang yang sama...Macam2 orang kata pasal peluang...Ada yang kata peluang hanya datang sekali, grab da opportunity...Macam2 lg la...Tapi sumtimes kita tidak sedar ada peluang2 yang Allah beri pada kita tapi kita tak manfaat kan pn...Sebab peluang ni kadangkala tak akan berulang balik...Bak kata Eminem dalam lagu Lose Yourself..."You only get one shot, do not miss your chance to blow...This opportunity comes once in a lifetime"...Hehe


So,antara peluang yang kita kadang2 terlepas pandang menurut Rasulullah s.a.w ialah 5 perkara iaitu:
- Muda sebelum Tua
- Sihat sebelum Sakit
- Senang sebelum Susah
- Lapang sebelum Sempit
- Hidup sebelum Mati

Peluang yang Allah beri ni tersangatlah rugi andai kata kita tak gunakan sebaik2 nya...Sama2 la kita muhasabah diri dalam rangka kita nak menggunakan peluang yang Allah beri ni sebagai bekalan kita untuk bertemu Allah s.w.t

Thursday, December 10, 2009

Debaran.....

Cerita pasal debaran mcm2 debaran ada...Debaran di Aidilfitri, Debaran Sehati Berdansa...Tapi debaran nak tengok result gak menjadi topik aku kali ni....Sebab malam semalam, ramai sahabat2 aku student UiTM yg berjaya masuk menyelinap ke dlm sistem UiTM yg sememang nya mencabar kesabaran dan minda serta jari yg menekan butang refresh semampu mungkin...Dan Alhamdulillah kebanyakan dari mereka tampak gembira dgn kejayaan yg peroleh...Macam2 status yg ada kt facebook yg menunjukkan luahan hati yang bersyukur dengan result yang dinanti...Aku pn turut join sekali...=)

Syukur kpd Allah terutama nya kerana m'anugerah kan kita akal dan fikiran dalam menimba ilmu pengetahuan...Trima kasih kepada semua yg byk m'bantu dalam perjuangan kita mencapai kejayaan ni...Moga apa yg kita buat ni dikira sebagai ibadah kpd Allah dan salah satu amalan yg tidak terputus ialah ILMU YANG BERMANFAAT...Alhamdulillah...Apa2 pun, kejayaan kita mestilah disandarkan kepada Allah dan moga Islam dapat tumpang kejayaan kita...Terus kan berjuang demi Islam wahai sahabat2 ku...InsyaAllah

Antara Muka2 Budak Group B

Daud (berbaju putih) antara ICON high school kelas kami

"Bila mati anak Adam itu, maka terputuslah amalan nya kecuali 3 perkara iaitu SEDEKAH JARIAH, ILMU YANG BERMANFAAT, dan DOA ANAK YANG SOLEH" -Rasulullah s.a.w-

Friday, November 27, 2009

Salam Aidiladha

الله أكبر الله أكبر الله أكبر
لا إله إلا الله
الله أكبر الله أكبر
ولله الحمد

الله أكبر الله أكبر الله أكبر
الله أكبر كبيرا والحمد لله كثيرا وسبحان الله بكرة وأصيلا
لا إله إلا الله
ولا نعبد إلا إياه مخلصين له الدين ولو كره الكافرون
لا إله إلا الله
وحده صدق وعده ونصر عبده وأعز جنده وهزم الأحزاب وحده
لا إله إلا الله
الله أكبر الله أكبر
ولله الحمد


Buat semua umat Muslimin & Muslimat, aku nak ucap kan Salam Aidiladha..Moga Allah memberi keberkatan pada kita dlm mnyambut hari yang penuh barakah ni..Moh kita pi usya korban..Tak lupa juga kepada yang sedang menjalani ibadah haji..InsyaAllah

-Wallahu'alam-

Saturday, November 14, 2009

Setapak Ke Hadapan

Semalam bertarikh 14 November 2009, adik aku Ahmad Saifuddin telah berjaya menamatkan pengajiannya di salah sebuah institusi pengajian kt Ipoh iaitu TADIKA BISTARI MAWADDAH..Kira nya grad on time la(mmg takde extend pn)..Tahniah buat beliau..Kira "konvo" dia berjalan pada waktu pagi la dlm pukul 9 lebih..Ramai le jgk mak ayah yang dtg tgk anak2 diaorg..Aku dulu tak merasa pn grad tadika sebab aku dulu tadika di bawah bimbingan RAZALI & CO..Dan alhamdulillah la, anda boleh lihat hasil nya skrng..Hehehe..

Waktu diserah kan scroll graduation

Muka2 fresh graduate...Suci dalam debu bak kata Saleem

Pada sebelah petang plak, ada majlis konvokesyen Tadika & Taska Nurul Taqwa..Tp yang majlis kali ni, takde sapa yang grad..Cuma pegi tgk anak sedara aku, Aizuddin dan Akmal Hamizan buat persembahan time 2..Memang menarik la tgk budak2 buat persembahan..Macam2 kerenah ada..Ada yang menangis, ada yg meloncat sana sini..Pesanan kpd sesiapa yang nak jd cikgu tadika, anda mestilah seorang yang penyabar..

Waktu fashion show..Aizuddin jd pilot..Tak pasti either MAS,Air Asia or Firefly

Pilot dgn chef lepak sama2..Maybe nak bincang pasal bisnes kt

Akmal tgh solat waktu apa ni??Persembahan daa..

Akmal dapat hadiah pelajar komputer terbaik..Mmg terbaik

Friday, November 6, 2009

Member....

Kawan...Teman...Sahabat...Member...Saing...Banyak istilah yg kita guna kan dlm kehidupan kita ni..Dan macam2 kawan dh kita jmpa dlm menjalani pergaulan hari2 ni..Dari mula kita tak reti nk berkata2 sehingga hari ni kita dh menjadi salah seorang pakar dalam mengayat, membodek dan sama waktu dgn nya..Tapi sedar kah kita apa jenis kawan kita ni???Haaa....Persoalan yg sebenar nya sukar nk dijawab walaupun dh "open book test"..Hehe..Sebenar nya ada 4 golongan kawan dalam kehidupan kita ni....
  • Kawan yg bergaul dgn nya umpama makan makanan yg b'zat (sentiasa memberi benda2 yg berfaedah dan berguna dlm kehidupan kita)
  • Kawan yg bergaul dgn nya umpama mendapat ubat (memberi nasihat atau kata2 semangat di waktu kita memerlukan)
  • Kawan yg bergaul dgn nya umpama m'bawa penyakit secara berpenyakit (tidak memberi faedah melalui kata2 , perbuatan mahupun ajakan)
  • Kawan yg bergaul dgn nya umpama diberi makan racun (membawa ke arah kesesatan agama dan menentang kebenaran)

Di sini la kita nk check balik apa jenis kawan kita sbnr nye ni..Adakah kita membantu utk m'bawa kawan kita ke arah jalan yg menuju Allah atau pun sebalik nya..Aku sendiri pn x pasti apa jenis kawan aku ni sbnr nya..Bak kata org "Berkawan biar seribu..Berkahwin biar......"..Tp dalam seribu 2 berapa banyak yg ingat kn kita utk solah dan sebagai nya..Moga Allah golongan kan kita dikalangan orang2 yang DIA redhai..InsyaAllah


"Kawan salah satu punca masuk ke syurga. Maka hendaklah kamu memilih kawan yang betul" -SyedQutb-

Tuesday, October 27, 2009

Sukarnya Menjaga Keikhlasan

Daripada Amirul Mukmin Abu Hafs, Umar bin al-Khattab ra katanya: " Aku mendengar Rasullulah SAW bersabda : " Bahawasanya segala amalan itu adalah itu adalah dengan niat dan setiap orang mendapat (pahala) berdasarkan apa yang dia niat. Sesiapa yang berhijrah kerana Allah dan RasulNya, maka hujrahnya itu adalah bagi Allah dan RasulNya.Sesiapa yang berhijrah kerana dunia yang akan diperolehnya atau kerana perempuan yang ingin dikahwinkannya, maka hijrah itu adalah kepada apa yang dia niatkan "


Dalam buku RISALAH TA'ALIM mengatakan Ikhlas ialah melakukan amalan hanya kerana Allah, menyucikannya daripada segala tujuan keduniaan. Amalannya tidak berbaur kegelojohan hawa nafsu, mencari keuntungan, jawatan dan pangkat, kemasyhuran atau kedudukan di kalangan manusia serta mengharapkan pujian.

Wonderpet yang sentiasa membantu haiwan lain tanpa mengharapkan balasan dari mereka...hehe

Ikhlas ni sebenar nye sukar nk jaga kan???dalam masa kita sedar sekalipun...hebatnya syaitan dan suku kaum dia berjaya menipu kita...aku pun sama je...selalu je fail nk jaga keikhlasan...kadang2 selalu je terdetik riak dlm diri sebab berjaya wat something...kadang2 kita saja nk m'harap kan pujian dari orang...sebab kat telinga ni syaitan sedang berbisik,"orang dk puji hang ni...teruskan la wt keje 2...orang ramai dk tengok hang wei"....ish3!!!


Ada 3 peringkat di mana ikhlas kita ni dinilai :
  • Sebelum melakukan sesuatu
  • Sewaktu melakukan sesuatu
  • Selepas melakukan sesuatu
Haaa.....So,sama2 la kita muhasabah diri ye...sometimes,kita dh tolong org 10tahun dulu lepas 2 kita ungkit balik...dh rosak amalan kita...istighfar la banyak2 moga Allah terima amalan kita sebagai ibadah yg boleh dijadi kan bekalan kita di akhirat kelak...

Thursday, October 22, 2009

Pencarian Momentum

Final exam kian menjelang...
Semangat nak belajar x datang2...
Paper plak tiada berselang...
Mana momentum pergi menghilang???

Daud n da geng dah mula study...
Aina pn sama x berenti2...
Aku plak mana pergi...
Buku ngn note x sentuh lagi...

Oleh itu sedar lah diri...
Org lain relax sbb paper lmbt lagi...
Yg aku pn sibuk nk join sekaki...
Nnti kang menyesal di kmudian hari...





Moh kita study...Ini smua sebagai ikhtiar dan usaha kita...Doa smsti nya ada...Sebab yg nk bantu kita sebenar nye bukan lah ikhtiar semata2...tp dari bantuan ALLAH...so,dh usaha kita tawakal la pd ALLAH...Sesungguhnya DIA la tempat kita meminta pertolongan...Insyaallah...

Saturday, September 26, 2009

Zikrul Maut




كُلُّ نَفْسٍ ذَائِقَةُ الْمَوْتِ وَنَبْلُوكُم بِالشَّرِّ وَالْخَيْرِ فِتْنَةً وَإِلَيْنَا تُرْجَعُونَ
"Tiap tiap yang berjiwa akan merasakan mati. Kami akan menguji kamu dengan keburukan dan kebaikan sebagai cubaan (yang sebenar-benarnya). Dan Hanya kepada kamilah kamu dikembalikan." (Surah Al-Anbiya' : Ayat 35)

Juz nak kongsi video ni di mana ada tunjuk tragedi kematian player Benfica, Miklos Feher(24) di atas padang selepas dilayang kan kad kuning. Kategori "sudden death" la. Waktu aku tengok video ni, memang feel ingat mati cukup kuat. Agak tergamam bila tengok video ni. Tapi, manusia mudah lupa. Lepas 2 dah tak ingat dah pasal video ni. Sebenarnya, kita nak kena sedar bahawa DEATH IS JUST AROUND THE CORNER. Selalu2 la kita mengingati mati (zikrul maut) agar kita merasa lebih dekat dengan Allah. Kita sendiri tak tahu bila waktu Allah nak panggil kita pulang. Mungkin esok atau mungkin sekejap lagi. Sama2 la kita muhasabah diri agar kita mendapat pengakhiran yang baik (husnul khatimah) dan bukan nya pengakhiran yang buruk (su'ul khatimah).

Sebuah hadis Nabi s.a.w yang diriwayatkan oleh Abdullah bin Abbas r.a, bahawa Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:

"Bahawa malaikat maut memerhati wajah setiap manusia di muka bumi ini 70 kali dalam sehari. Ketika Izrail datang merenung wajah seseorang,didapati orang itu ada yang sedang gelak ketawa. Maka berkata Izrail: Alangkah hairannya aku melihat orang ini, sedangkan aku diutus oleh Allah Taala untuk mencabut nyawanya, tetapi dia masih berseronok-seronok bergelak ketawa."

1 hari = 24 jam = 1440 minit 1440 minit / 70 = 20.571 minit. Ini bermakna malaikat maut menziarahi kita setiap 21 minit.

-Wallahu'alam-


At Last...



Alhamdulillah, at last ada gak peluang untuk "memiliki" blog sendiri...Sebelum ni keje dk visit blog orang lain je...Actually, dah lama plan untuk buat blog tapi belum ada kesempatan...Alang2 dh cuti, trus la guna kan masa yang ada...Juz nice la...hehe


Tapi biasa la, payah gak nak maintain & update blog ni...Takut hangat2 tahi lembu je...Moga Allah bagi kekuatan dan ruang untuk trus maintain kan blog ni dan boleh dijadi kan medan untuk kita sama2 berkongsi pendapat & mcm2 benda lain...
InsyaAllah....

Friday, September 25, 2009

Pembuka Kata



1. "Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani"
2. "Pujian bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam"
3. "Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani"
4. "Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari Akhirat)"
5. "Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah, dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan"
6. "Tunjukilah kami jalan yang lurus"
7. "Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang dimurkai ke atas mereka, dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat"



Bacaan Al-Fatihah dalam zikir Ma'thurat merupakan bacaan yang agung. Mengandungi pahala yang besar jika membaca dan menghayati setiap makna ayat tersebut.
Rasulullah s.a.w. bersabda "Demi Allah yang nyawaku di tangan-NYA belum ada surah yang diturunkan di dalam Taurat, Injil, Zabur atau Furqan yang menandinginya. Dialah tujuh Mithani dan Quran yang agung yang diberikan kepadaku."

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More