Photo Raya 2010

“YA Allah, ampunilah aku dan ampunilah kedua-dua ibu bapaku dan cucurilah rahmat kepada mereka sebagaimana mereka mencurahkan kasih sayangnya memelihara dan mendidikku ketika kecil.”

Kelab Belia Haluan Ipoh

Sebuah kelab yang berdaftar di bawah Kementerian Belia dan Sukan. Boleh layari http://kbhi.blogspot.com untuk mengenali perjalanan dan aktiviti kelab ini

Untukmu Palestina Tercinta

Ya Allah, bantu dan selamatkan saudara kami kaum muslimin di Palestina. Ya Allah, timpakanlah kekalahan kepada orang-orang Yahudi terlaknat dan penolong-penolong dan sekutu-sekutu mereka.

Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadhan

"Wahai orang-orang beriman, diwajibkan keatas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan keatas orang-orang sebelum kamu, supaya kamu bertaqwa..." (Surah Al-Baqarah).

Chelsea 2011/2012

"The 4-3-3 is a system for us in the end where it is not just a striker, it is three forwards in the end, and we have this flexibility in the squad." Andre Villas-Boas

Followers

Saturday, August 27, 2011

Perlu Dan Jangan Buat Di Hari Raya


Di hari mulia Syawal ini pula, umat Islam adalah amat digalakkan untuk :-

1) Mandi sunat hari raya sebelum keluar menunaikan solat sunat idil fitri .

Ulama besar Tabien Said Bin Jubayr berkata : "Tiga perkara sunnah di hari raya iaitu antaranya : mandi sunat sebelum keluar solat hari raya".

2) Menjamah makanan sebelum keluar.

Ia berdasarkan hadith dari Anas Bin Malik yang diriwayatkan oleh Al-Bukhari yang menyebut : "Nabi SAW tidak keluar di pagi hari raya idil fitri sehinggalah Nabi SAW menjamah beberapa biji kurma..."

3) Memperbanyakkan Takbir dan bukan memperbanyakkan menonton TV dan bermain mercun ;

Seharusnya umat Islam jangan terlalu di sibukkan dengan aktiviti persiapan raya sehingga meninggalkan peluang takbir ini. Ini adalah penting bagi syiar Islam selain kalimah Takbir yang dibenci oleh Syaitan. Ad-Dar Qutni melaporkan bahawa apabila Ibn Umar r.a keluar di hari raya Idul Fitri, beliau akan berterusan bertakbir sehinggalah imam keluar untuk mengimamkan solat hari raya.

4) Mengucapkan selamat dan mendoakan antara satu sama lain ;

Tiada masalah untuk menggunakan apa jua kalimah, asalkan ianya mempunyai maksud yang sama. Bagaimanapun, kalimah yang digunakan di zaman baginda SAW adalah "Taqabbalallahu minna wa minkum" ertinya : Semoga Allah menerima amalan (amalan dan ibadat di Ramadhan) kami dan kamu".

Disebut dalam sebuah riwayat :

قال واثلة لقيت رسول الله يوم عيد فقلت تقبل الله منا ومنك قال نعم تقبل الله منا ومنك

Ertinya : Berkata Wathilah, Aku bertemu Rasulullah s.a.w pada hari raya dan aku katakan pada baginda "taqabballahu minna wa minka", baginda menjawab : Ya, taqabbalallahu minna wa minka" ( Al-Baihaqi, rujuk perbincangan di Fath Al-Bari, 2/446 )

5) Memakai pakaian terbaik yang ada ;

Walaupun demikian, perlulah mengikut kemampuan dan tiada pembaziran dibenarkan.

Tidak dibenarkan untuk menghina pakaian orang lain yang kurang indah dan mahal (kecuali pakaian seksi dan tidak menutup aurat memang di haramkan di dalam Islam).

6) Menukar jalan ke tempat solat (balik dan pergi) ;

Ia berdasarkan hadith dari Jabir r.a yang menyebut bahawa Nabi SAW biasanya menukar atau berbeza jalan pergi dan pulang apabila di hari raya" (Riwayat Al-Bukhari)

7) Berziarah dan merapatkan hubungan baik (ukhuwwah) sesama Muslim sempena musim cuti yang diperolehi.

Nabi pernah bersabda :

مَن سَرّه أن يُبسط له في رزقه ، وأن يُنسأ له في أثره ؛ فَلْيَصِل رَحِمَه

Ertinya : Barangsiapa yang suka untuk diperluaskan baginya rezekinya, dan ditangguhkan (dipanjang) umurnya, maka hendaklah dia menyambung (mengukuh) hubungan persaudaraannya ( Riwayat Al-Bukhari & Muslim)

RINGKASAN KESILAPAN DI HARI RAYA

Dalam pada masa yang sama, secara amat ringkas saya sertakan beberapa kesilapan kesilapan kerap di musim perayaan :-

1) Sentuhan ; Berjabat tangan di antara lelaki dan wanita secara meluas ketika berziarah rumah jiran dan rakan. Walaupun terdapat perbezaan pendapat para ulama dalam bab ini. Ia lebih baik dijauhi terutama apabila melibatkan pemuda dan pemudi.

2) Aurat & Ipar ; Ipar duai yang tidak menjaga aurat di antara satu sama lain ketika berada di dalam rumah. Seperti adik ipar perempuan tidak menutup aurat di rumah sedangkan abang iparnya berada di rumah. Termasuk juga, tidur secara terbuka di ruang tamu tanpa menutup aurat, sehingga membolehkan abang ipar atau adik ipar lelaki melihat aurat yang terdedah.

3) Wangian Wanita ; Kaum wanita memakai wangian dan solekan ala artis di musim perayaan lalu keluar dari rumah mendedahkan diri mereka kepada lelaki bukan mahram.

4) Pakaian Wanita ; Pakaian yang mendedahkan susuk tubuh dengan sempit dan nipisnya lalu bertandang ke khalayak ramai.

5) Kubur ; Berkumpul beramai-ramai di kubur hingga duduk di atas kubur orang lain dengan alasan untuk membaca Yasin yang agak panjang dan meletihkan jika berdiri. Larangan ini disebut jelas di dalam mazhab Syafie sebagai dihurai oleh Imam Khatib As-Syarbini, malah bersandar kepadanya juga dilarang ( Mughni Al-Muhtaj, 1/354 ; Minhaj at-Tolibin)

6) Meninggalkan solat ; kerana terlalu sibuk beraya di sana sini.

7) Dosa Bertempoh ; Kembali melakukan dosa yang ditinggalkan di bulan Ramadhan. Malah memang sebahagiannya diniatkan untuk disambung selepas Ramadhan. Sebagai contoh, ada yang menangguhkan pergaduhan di Ramadhan, maka syawal bolehlah bergaduh kembali. Syawal dijadikan tempat lambakan maksiat berdating, bersyahwat melalui telefon dan 'chat', berjalan jauh berdua-duaan dengan teman wanita dan lain-lain. Hancurlah seluruh kebaikan yang baru hendak sebati dengan hati, sudah dibuangnya jauh-jauh.

Sumber dari http://www.zaharuddin.net/

Dikesempatan ini juga saya ingin memohon maaf jika ada sebarang ayat atau apa-apa sahaja yang telah mengguris hati sahabat2 sekalian. Salam Aidilfitri. Moga Allah menerima amalan kita semua. InsyaAllah.

Tuesday, August 23, 2011

Pesanan Bersama

"My relation with this world is as a traveler who continues his journey after having rested under a tree."
Rasulullah saw (HR Tarmizi)

Nasihat IMAM ABU HANIFAH tentang kehidupan:
  1. Jangan bakhil atau kedekut kerana perangai itu memalukan.
  2. Jangan pula tamak dan berdusta, bahkan hendaklah sentiasa menjaga maruah.
  3. Sentiasa menghormati dan meminta ampun maaf kepada guru juga pendidik.
  4. Sentiasa menziarahi kubur guru dan tempat-tempat berkat.
  5. Bercampur dengan orang yang tidak baik hanya untuk menyeru ke jalan Islam.
  6. Jangan banyak memaki hamun dan mencela orang lain.
  7. Bersegera ke masjid setiap kali mendengar laungan azan.
  8. Jagalah rahsia jiran tetangga dan jangan menyebar rahsia yang diamanahkan.
  9. Bencikan perkara yang hina di sisi orang berilmu.
  10. Janganlah banyak bercerita atau bercakap kerana ia akan menjadi pembohongan.
Sumber dari GenQ (Vol 01, Isu 02)

Sekadar perkongsian dengan korang semua. Actually, lebih banyak merujuk pada diri sendiri yang banyak kelemahan dan kekurangan. Mungkin boleh dijadikan suatu anjakan paradigma buat kita dalam mencari redha Allah swt dan mampu upgrade diri untuk menjadi hamba Allah yang soleh. InsyaAllah..

Tuesday, August 16, 2011

Terbaiklah Ramadhan

كَمْ مِنْ صَائِمٍ لَيْسَ لَهُ مِنْ صَوْمِهِ إِلا الْجُوْعُ وَالْعَطَشُ

Berapa banyak orang yang berpuasa tetapi dia tidak mendapat apa-apa dari puasanya kecuali hanya lapar dan dahaga.”

Rasulullah saw (HR Ibnu Majah)


17 Ramadhan 1432
Alhamdulillah, first of all perlu rasa sangat2 bersyukur kerana Allah masih beri kita peluang untuk merasai akan kenikmatan bulan yang penuh keindahan, Ramadhan Al-Mubarak. Allah sediakan suatu tempat pengajian, Institute of Ramadhan yang tiada yuran tetapi penuh dengan kerahmatan dan kasih sayang-Nya. Perlu rasa bertuah kerana Allah pilih kita untuk terus "sambung belajar" lagi pada tahun ini.

Dan seperti kita maklum, kita sudah menghampiri fasa Ramadhan yang terakhir iaitu 10 hari yang terakhir. Seumpama kita study, sem terakhir adalah waktu untuk score kaw-kaw punya bagi mendapat pointer yang best ketika graduation nanti. Begitulah juga Ramadhan kita, 10 yang terakhir merupakan hari-hari yang special kerana telah Allah selitkan suatu anugerah terbaik bagi hamba-hamba-Nya yang mencari, Malam Seribu Bulan.

"Lailatulqadar itu lebih baik daripada seribu bulan"
(Surah Al-Qadr: 3)


So, sama-sama la kita cuba untuk terus istiqamah dan pertingkatkan daya dalam usaha mencari "Anugerah Naib Canselor" ketika graduate dari Institute of Ramadhan nanti. Dan dapat kekalkan momentum yang kita dapat ketika Ramadhan ini untuk terus survive di bulan-bulan yang seterusnya. InsyaAllah..

Sesiapa yang menghidupkan lailah al-qadar iaitu beribadah dengan keimanan dan keikhlasan serta mengharapkan ganjaran-Nya, diampunkan dosanya yang lalu.”

Rasulullah saw (HR Bukhari dan Muslim)

Monday, August 1, 2011

Ayuh!!


Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa.
Surah Al-Baqarah: 183

Ramadhan telah datang mengunjungi kita bersama isterinya iaitu REZEKI dan kedua-dua anaknya iaitu SAHUR dan IFTAR. Mereka akan ditemani oleh ketiga-tiga cucunya iaitu RAHMAT, BARAKAH & KEAMPUNAN. Mereka akan pulang selepas 30 hari dengan menaiki pesawat penerbangan Eidul Airlines. Hargai mereka dan anda akan mendapat pahala yang berlipat ganda

*Sekadar perkongsian dan peringatan buat kita semua. Actually, sahabat aku share ayat ni di wall facebook beliau. Mungkin menjadi suatu refreshment buat kita semua. Sama-sama kita manfaatkannya. InsyaAllah..

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More