Photo Raya 2010

“YA Allah, ampunilah aku dan ampunilah kedua-dua ibu bapaku dan cucurilah rahmat kepada mereka sebagaimana mereka mencurahkan kasih sayangnya memelihara dan mendidikku ketika kecil.”

Kelab Belia Haluan Ipoh

Sebuah kelab yang berdaftar di bawah Kementerian Belia dan Sukan. Boleh layari http://kbhi.blogspot.com untuk mengenali perjalanan dan aktiviti kelab ini

Untukmu Palestina Tercinta

Ya Allah, bantu dan selamatkan saudara kami kaum muslimin di Palestina. Ya Allah, timpakanlah kekalahan kepada orang-orang Yahudi terlaknat dan penolong-penolong dan sekutu-sekutu mereka.

Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadhan

"Wahai orang-orang beriman, diwajibkan keatas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan keatas orang-orang sebelum kamu, supaya kamu bertaqwa..." (Surah Al-Baqarah).

Chelsea 2011/2012

"The 4-3-3 is a system for us in the end where it is not just a striker, it is three forwards in the end, and we have this flexibility in the squad." Andre Villas-Boas

Followers

Saturday, February 27, 2010

Demi Masa

Tergerak hati ini untuk terus berkongsi tentang betapa penting nya penyucian jiwa kita dalam kehidupan seharian..Bukanlah kerana diri ini sudah cukup mantap tetapi untuk sama2 ingat-mengingati dalam rangka kita untuk terus hidup sebagai hamba yang diredhai oleh Allah s.w.t..Mari sama2 kita rujuk kepada makna Surah Al-'Asr dari ayat 1 hingga akhir :

1. Demi masa.
2. Sesungguhnya manusia itu benar-benar dalam kerugian,
3. kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal saleh dan nasihat menasihati supaya mentaati kebenaran dan nasihat menasihati supaya menetapi kesabaran.

Betapa ruginya waktu hidup kita andai kata kita tidak menggunakannya pada perkara benar..Setiap perkara yang kita kerjakan di muka bumi ini tidak pernah terlepas dari perhitungan Allah s.w.t..Setiap apa yang kita lakukan akan ditanya pada hari pengadilan kelak..Sedarlah bahawa maut itu sentiasa berada hampir dengan diri kita..Moga apa yang kita lakukan menjadi amal soleh yang akan dijadikan bekalan untuk bertemu Allah..


So, marilah sama2 kita renungkan dan terus muhasabah diri dalam rangka untuk menjadi hamba Allah yang taat..Moga jalan yang kita pilih untuk mendapat redha Allah merupakan jalan yang benar di mana2 Rasullah dan para sahabat2 baginda pernah lalui..Moga landasan kita sejajar dengan landasan baginda..Moga cara yang kita jalani tidak menyimpang dari cara yang telah digariskan dalam Al-Quran & Sunnah..InsyaAllah..

"Perjalanan di hari kiamat lebih jauh dari semua perjalanan. Jadi, ambillah semaksima yang mungkin bekalan mu untuk menuju bertemu Allah"
-Abu Dzar-

Rindu Padanya...

HIJJAZ - DIA KEKASIH ALLAH

Malu rasanya mengatakan cinta
Kepada dia kekasih Allah
Kerana dia insan mulia
Sedangkan diriku insan biasa

Ku pujuk jua hati dan jiwa
Meluahkan rasa cinta membara
Didalam pujian ucapan selawat
Tanda penghargaan seorang umat

Selagi upaya ku turuti ajarannya
Apa terdaya kuamalkan sunnahnya
Moga di dunia mendapat berkat
Di akhirat sana beroleh syafaat

Kerana peribadinya aku terpesona
Kerana budinya aku jatuh cinta
Rindu ku padanya tiada terkata
Nantikanlah daku di taman syurga

Ya rasul... ya rasul! ku rindu padamu.... syafaatkan daku
Ya rasul... ya rasul! syafaat kan daku.... ku rindu padamu

Sesungguhnya apa yang ku dambakan
Adalah cinta Allah yang Esa
Kerana cinta kepada Rasulullah
Bererti cinta kepada Allah

Selagi upaya ku turuti ajarannya
Apa terdaya kuamalkan sunnahnya
Moga di dunia mendapat berkat
Di akhirat sana beroleh syafaat

Kerana peribadinya aku terpesona
Kerana budinya aku jatuh cinta
Rindu ku padanya tiada terkata
Nantikanlah daku di taman syurga

Sesungguhnya apa yang ku dambakan
Adalah cinta Allah yang Esa
Kerana cinta kepada Rasulullah
Bererti cinta kepada Allah


Sekadar berkongsi dengan anda semua lirik nasyid...SALAM MAULIDUR RASUL

Monday, February 8, 2010

Ketenangan Hati

"Kenallah Allah ketika kamu senang nescaya Allah kenal akan kamu ketika susah" -Rasulullah s.a.w-

Tegerak hati aku untuk berkongsi perasaan pada pagi ini tentang bagaimana hubungan kita dengan Rabb kita...Topik yg berat sebenarnya tapi aku terasa dengan cara ini mungkin boleh membantu aku untuk terus membina kekuatan dan semangat dalam menempuhi dugaan sehari-hari...

Apabila aku terbaca hadis ini, aku terasa betapa alpa nya aku dalam menjalani kehidupan sebagai seorang hamba kepada Allah...Memang manusia ni cukup pelupa, tambah2 di waktu kita senang...Terlalu sedikit tasbih dan tahmit yang bermain2 di bibir mulut ini...Kadang2 tak ingat pn Allah waktu senang...Mungkin itulah kelemahan manusia...

Dan di sinilah kita nak nampak function dugaan dan ujian yang Allah buat untuk diri kita...sebagai suatu peringatan pada diri kita...Allah nak ingatkan kita bahawa diri kita dah jauh dari DIA...Betapa sayang nya Allah pada kita, tak nak kita terputus hubungan dengan nya...Betapa Allah tak mahu perkara seperti itu terjadi, DIA sedia kan doa untuk setiap perbuatan kita agar ingatan kita pada Allah tidak terputus begitu saja...

Tetapi kita yang selalu memilih untuk terputus hubungan dengan-NYA...Apabila Allah berikan kita musibah, kita mengomel...Kita tak nampak pun hikmah musibah atau ujian yang terjadi dalam hidup kita...Aku ingin berkongsi kata2 Abdullah bin Umair :

4 nikmat apabila musibah melanda
  • musibah itu tidak mematikan IMAN
  • musibah itu bukan malapetaka besar
  • musibah memberi nikmat keredhaan ALLAH
  • menunggu pahala sabar

Sama2 lah kita muhasabah diri tentang perjalanan seharian kita...Bagaimana terjaga nya hubungan kita dengan kawan2 kita, begitulah juga perlu kita titikberatkan penjagaan hubungan kita dengan Allah...Malah mesti lebih lagi...Sentiasa merasakan bahawa ujian itu merupakan tanda kasih sayang Allah kepada hamba-NYA...
Waallahu'alam...

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More