Photo Raya 2010

“YA Allah, ampunilah aku dan ampunilah kedua-dua ibu bapaku dan cucurilah rahmat kepada mereka sebagaimana mereka mencurahkan kasih sayangnya memelihara dan mendidikku ketika kecil.”

Kelab Belia Haluan Ipoh

Sebuah kelab yang berdaftar di bawah Kementerian Belia dan Sukan. Boleh layari http://kbhi.blogspot.com untuk mengenali perjalanan dan aktiviti kelab ini

Untukmu Palestina Tercinta

Ya Allah, bantu dan selamatkan saudara kami kaum muslimin di Palestina. Ya Allah, timpakanlah kekalahan kepada orang-orang Yahudi terlaknat dan penolong-penolong dan sekutu-sekutu mereka.

Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadhan

"Wahai orang-orang beriman, diwajibkan keatas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan keatas orang-orang sebelum kamu, supaya kamu bertaqwa..." (Surah Al-Baqarah).

Chelsea 2011/2012

"The 4-3-3 is a system for us in the end where it is not just a striker, it is three forwards in the end, and we have this flexibility in the squad." Andre Villas-Boas

Followers

Monday, December 28, 2009

Hantaran Buat Bakal

Selepas menempuhi sumpahan demi sumpahan, tahun berganti tahun akhirnya abang aku Muhammad Fadhli bin Razali a.k.a Achik telah pun selesai menjalani proses pertunangan beliau dan bakal kak iparku pada 26 Disember 2009..Alhamdulillah segalanya berjalan lancar..Segala macam maklumat telah pun dismpaikan dengan cantiknya tanpa sesi "berbalas pantun" di antara pihak lelaki dan pihak perempuan..Abah dengan tenang mewakili pihak lelaki manakala pihak perempuan ialah ayah beliau..Kenduri nye insyaAllah bulan...................TUNGGUUUUU!!!!!

Kek yang bakal dijamah

Baju+tudung untuk pihak perempuan

Cincin yang telah disarungkan oleh Mak di jari bakal

Tuala serta segala mak nenek barang mandian

Telekung yang diimport dari Vietnam

Buah-buahan tempatan ke ni??Macam bukan je

Sweet pelbagai jenis dan ragam

Handbag beserta sepasang kasut

Achik kelihatan tenang bersama hantaran yang pelbagai warna

Hantaran ni semua hasil tangan dan kreativiti Mak 'n' Cik Munah..Anda berminat??Boleh ikut kursus dengan beliau..Bilangan pelajar adalah terhad..Kepada Achik dan Kakcik, diharap dapat bersabar ye..Tak lama dah..Moga Allah mudahkan segala urusan dan menerima segala kegiatan kita sebagai amal soleh..

Saturday, December 26, 2009

Syukur

Setiap detik, Allah sentiasa memberi pelbagai nikmat dan anugerah kepada diri kita secara kita sedar atau pun tidak sedar..Betapa maha pemurah nya Allah, tak ada 1sen pun DIA charge kat kita..Contoh paling mudah dalam hidup kita, bernafas..Kita sendiri tak mampu nak kira berapa kali kita bernafas..Andai kata Allah charge kita setiap kali tarik oksigen, kena bayar 50sen..Boleh licin duit kita nak bernafas untuk sebulan..Tapi Allah itu maha pemurah lagi maha penyayang..Alhamdulillah

So, kita sebagai hamba Allah mesti melahirkan rasa kesyukuran tak terhingga kepada NYA atas kurniaan kehidupan dan segala nikmat yang kita perolehi setiap hari..Ada 6 aspek atau perkara dalam menterjemahkan syukur kita pada Allah s.w.t

- melalui HATI : kita berbuat baik kepada semua makhluk
- melalui LIDAH : melahirkan kesyukuran dengan puji-pujian kepada Allah
- melalui ANGGOTA BADAN : menggunakannya untuk taat pada Allah dan menjauhi maksiat
- melalui MATA : menjada pandangan dari melihat perkara maksiat
- melalui TELINGA : menjaga pendengaran dari mendengar perkara buruk

Bila deliti balik point2 syukur tadi, aku rasa macam memang banyak benda aku tak b'syukur..Berat syukur ni..Macam mana nak menjaga diri ni untuk benar2 syukur dan totally menjadi hamba kepada Allah..Selalu kita nampak syukur ni hanya lah dengan melafazkan Alhamdulillah..Tapi byk lagi perkara yang perlu diperbaiki untuk menjadi hamba Allah yang bersyukur..Sama2 la kita muhasabah diri dan terus perbaiki diri sementara Allah masih mengurniakan kita nikmat kehidupan untuk mencari bekalan bertemu NYA..InsyaAllah


"Syukur adalah taat seluruh badan, baik sembunyi mahupun terang-terangan serta secara lisan dan dalam hati. Secara tak langsung, ia akan mengelak dari maksiat"
-Ibnu Abbas-

Sunday, December 20, 2009

Rebut Peluang

Peluang merupakan suatu pemberian Allah kepada hambaNYA...Tak semua orang dapat peluang yang sama...Macam2 orang kata pasal peluang...Ada yang kata peluang hanya datang sekali, grab da opportunity...Macam2 lg la...Tapi sumtimes kita tidak sedar ada peluang2 yang Allah beri pada kita tapi kita tak manfaat kan pn...Sebab peluang ni kadangkala tak akan berulang balik...Bak kata Eminem dalam lagu Lose Yourself..."You only get one shot, do not miss your chance to blow...This opportunity comes once in a lifetime"...Hehe


So,antara peluang yang kita kadang2 terlepas pandang menurut Rasulullah s.a.w ialah 5 perkara iaitu:
- Muda sebelum Tua
- Sihat sebelum Sakit
- Senang sebelum Susah
- Lapang sebelum Sempit
- Hidup sebelum Mati

Peluang yang Allah beri ni tersangatlah rugi andai kata kita tak gunakan sebaik2 nya...Sama2 la kita muhasabah diri dalam rangka kita nak menggunakan peluang yang Allah beri ni sebagai bekalan kita untuk bertemu Allah s.w.t

Thursday, December 10, 2009

Debaran.....

Cerita pasal debaran mcm2 debaran ada...Debaran di Aidilfitri, Debaran Sehati Berdansa...Tapi debaran nak tengok result gak menjadi topik aku kali ni....Sebab malam semalam, ramai sahabat2 aku student UiTM yg berjaya masuk menyelinap ke dlm sistem UiTM yg sememang nya mencabar kesabaran dan minda serta jari yg menekan butang refresh semampu mungkin...Dan Alhamdulillah kebanyakan dari mereka tampak gembira dgn kejayaan yg peroleh...Macam2 status yg ada kt facebook yg menunjukkan luahan hati yang bersyukur dengan result yang dinanti...Aku pn turut join sekali...=)

Syukur kpd Allah terutama nya kerana m'anugerah kan kita akal dan fikiran dalam menimba ilmu pengetahuan...Trima kasih kepada semua yg byk m'bantu dalam perjuangan kita mencapai kejayaan ni...Moga apa yg kita buat ni dikira sebagai ibadah kpd Allah dan salah satu amalan yg tidak terputus ialah ILMU YANG BERMANFAAT...Alhamdulillah...Apa2 pun, kejayaan kita mestilah disandarkan kepada Allah dan moga Islam dapat tumpang kejayaan kita...Terus kan berjuang demi Islam wahai sahabat2 ku...InsyaAllah

Antara Muka2 Budak Group B

Daud (berbaju putih) antara ICON high school kelas kami

"Bila mati anak Adam itu, maka terputuslah amalan nya kecuali 3 perkara iaitu SEDEKAH JARIAH, ILMU YANG BERMANFAAT, dan DOA ANAK YANG SOLEH" -Rasulullah s.a.w-

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More