Followers

Saturday, June 19, 2010

Atas Kemampuan Kita

"Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Dia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya dan dia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya"
Surah Al-Baqarah: 286

Jika kita teliti semula maksud ayat di atas, dapat kita simpulkan betapa Allah itu Maha Adil..DIA tidak akan membebankan hambaNYA kecuali atas kemampuan masing2..Kadang2 ada ujian atau dugaan yang melanda diri kita, sedarlah bahawa Allah tahu itu semua masih dalam lingkungan kemampuan kita..Kita selalu merungut dengan ujian yang Allah beri tetapi jarang sekali kita bersyukur dengan nikmat yang Allah beri..Aku tertarik dengan sebuah lagu nasyid nyanyian Mestica yang bertajuk Rahmat Ujian..Agak tersentuh dengan lirik nasyid tersebut di mana setiap ujian yang berlaku itu sebenar suatu rahmat..Ujian itu tanda kasih sayang Allah dalam melihat tahap iman hambaNYA..


Tak perlu ambil contoh jauh..Cukuplah sekadar dengan contoh yang ada pada diri sendiri..Bila seronok, ingatan dan tumpuan jarang sekali dijuruskan kepada Allah..Terlalu leka dengan keindahan dan keseronokan..Tapi bila ujian Allah itu datang, terus merungut.."KENAPA ALLAH BUAT AKU MACAM NI..APA SALAH AKU"..Mungkin tahap kukuhnya iman itu agak goyah, sampai tak mampu nak bersangka baik dengan Allah..Tapi bila fikir balik, mungkin aku sudah jauh dari lantasan Allah..Ujian ini datang untuk sedarkan aku..Aku dah jauh dari Allah..

Memang situasi ini sentiasa berulang dalam hidup..Kita bukanlah generasi "Jilul Quran Al-Farid" yang akan rasa runsing andai kata tiada ujian Allah yang datang bertandang kepada mereka..Mereka risau andai kata tiada ujian Allah yang datang..So, kita kena sentiasa sedar bahawa ujian itu milik Allah dan Allah tidak akan membebankan kita semua..Sentiasa bersangka baik dengan apa yang terjadi..InsyaAllah..

Dan (ingatlah) tatkala Tuhan kamu memberitahu: "Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmatKU kepada damu, dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur sesungguhnya azabKU amatlah pedih"
Surah Ibrahim: 7

5 comments:

Betul. selalu lupa dan lagho bile senang. Thanks for this reminder sop. :)

saling ingat m'ingati...sgt perlu pada peringatan dari anda semua...insyaAllah...=)

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More