Followers

Thursday, July 22, 2010

Manfaat Pada Yang Lain

"Sebaik-baik manusia ialah dia bermanfaat pada orang lain"
Rasulullah s.a.w

Teringat pada kata2 salah seorang lecturer aku dalam kelas tempoh hari.."Kita ni selalu fikir apa orang boleh bagi pada kita, tapi jarang kita fikir apa kita boleh bagi pada orang lain"..Balik dari kelas, sedikit sebanyak kata2 tersebut memberi kesan pada akal ini untuk berfikir sejauh mana diri ini pernah "memberi" pada orang lain..Memang tepat kata lecturer aku, umpama sebiji buah durian yang jatuh kat batang hidung sendiri..Jarang aku fikir apa yang boleh aku buat/bagi pada orang lain..Asyik2 mengharap agar orang sentiasa memberi pada aku..

"Tangan yang memberi lebih baik dari tangan yang menerima"

Begitu juga hubungan kita dengan Allah s.w.t..Kita sentiasa dianugerahkan dengan pelbagai nikmat dan kurniaan setiap hari, setiap masa..Tapi jarang sekali kita rasa nak melahirkan rasa syukur kita pada Allah..Sedangkan Allah itu Maha Pemurah lagi Maha Penyayang..Betapa pemurahnya Allah ni, takde pun dia caj kita dengan oksigen yg kita guna setiap masa ni..Bayangkan andai kata Allah caj oksigen ni setiap tarik RM 0.20..Haaaa..Time 2 memang kalo ada duit, fikir nak bayar oksigen dulu sebelum nak beli kereta..Tapi sedarlah wahai kawan2 sekalian, Allah itu amat2 lah pemurah..

Kita ni je, manusia jarang nak bersyukur dengan apa yang kita dapat..Tapi paling power dalam bidang merungut..Bila Allah tarik sikit je nikmat, mula la melenting..Macam2 boleh keluar dari mulut kita ni..Allah cuma nak uji hamba DIA, maka ditarik sebentar nikmat yang dipinjamkan..DIA nak tengok macam mana respon seorang hamba..So, banyak2 la bermuhasabah diri..Tengok balik diri kita adakah kita selalu bermanfaat pada orang lain, atau kita ni hanya mengharapkan manfaat dari orang lain..InsyaAllah

"Jadilah kamu seperti pokok yang berbuah. Apabila orang melemparkan dengan batu, kamu membalas dengan buah yang ranum"
Imam Hassan Al-Banna

1 comments:

yg memberi itu lebih dari yg menerima. biarlah kita menjadi org yg 'pernah' membuat pemberian kpd org lain.

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More