Followers

Friday, October 1, 2010

Lima Syarat Berbuat Maksiat

Alkisah bermula apabila seorang lelaki bertemu dengan Ibrahim bin Adham dan memberitahu bahawa beliau kerap membuat maksiat..Dia meminta nasihat dari Ibrahim bin Adham tentang permasalahan beliau..Lalu, Ibrahin bin Adham pun membalas
"Jika kamu mahu mampu melaksanakan lima syarat ini, maka kamu boleh terus melakukan maksiat."

Syarat Pertama: Jika kamu mahu bermaksiat kepada Allah, jangan memakan rezeki-NYA.

Syarat Kedua: Jika kamu mahu bermaksiat kepada Allah, jangan tinggal di bumi-NYA.

Syarat Ketiga: Jika kamu mahu terus bermaksiat kepada Allah, carilah tempat bersembunyi yang tidak terlihat oleh-NYA.

Syarat Keempat: Jika malaikat maut datang untuk mencabut nyawamu, katakan kepadanya "Lambatkan kematianku, aku ingin bertaubat dan melakukan amal soleh".

Syarat Kelima: Jika malaikat Zabaniyah datang hendak mengiringimu ke api neraka pada hari akhirat nanti, jangan pula kamu ikut bersamanya.

Setelah mendengarkan syarat2 dari Ibrahim bin Adham, maka lelaki tersebut insaf dan tidak mampu menahan air mata beliau lalu bertaubat,
"Mulai saat ini, aku mahu bertaubat kepada Allah".



So, peringatan ini untuk dikongsi bersama2...Bila terdengar kisah ini, rasa macam memang tak patut kita bermaksiat pada Allah..Syarat2 yang dikemukan oleh Ibrahim bin Adham ni memang benar2 memberitahu bahawa kita memang tak sepatutnya bermaksiat..Sama2 la kita muhasabah diri dan cuba perbaiki kelemahan..Yang baik dan sempurna itu dari Allah, yang lemah dan kurang itu dari diri aku sendiri..InsyaAllah..

2 comments:

Semua syarat2 tu mustahil sekali untuk didapati. Konklusi, janganlah berbuat maksiat sama sekali... hu3..
just my 5 cents of thought..

benar kata2 anda wahai adli...itu conclusion yg cntek...tp sukar utk membuat nye...hehe

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More