Followers

Saturday, January 29, 2011

Hidup Kita....


HIDUP KITA CUMA DALAM 3 HARI:

1) Semalam - Berlalu dan menjadi sejarah dalam hidup
2) Hari Ini - Hari yang sedang kita lalui

3) Esok - Hari yang belum pasti akan ketemu


Muhasabahlah diri di hari pertama agar hari kedua menjadi lebih baik dan bermakna dari hari pertama. Jangan terlalu berharap untuk bertaubat pada hari ketiga kerana mungkin ajal akan datang menjemput pada hari kedua.

“Barangsiapa yang hari ini dia lebih baik dari semalam, maka dia dari kalangan mereka yang beruntung. Barangsiapa yang hari ini dia sama seperti semalam, maka dia dari kalangan yang rugi. Barangsiapa yang hari ini dia lebih teruk dari semalam, maka dia di kalangan orang yang celaka.”
Rasulullah saw


HIDUP KITA CUMA DALAM 2 NAFAS:
1) Nafas Naik
2) Nafas Turun

Hargailah nafas yang naik kerana udara yang disedut adalah pemberian Allah secara percuma dan carilah keredhaanNya dalam menggunakan kurniaanNya. Bertaubatlah kita dalam nafas yang turun kerana itu mungkin nafas yang terakhir keluar dari tubuh bersama Nyawa dan Roh untuk meninggalkan dunia yang fana.

HIDUP KITA CUMA ADA 2 PILIHAN:
1) Hidup dalam Redha Allah
2) Hidup dalam Murka Allah

“Sesungguhnya barangsiapa yang mencari redha Allah dengan marahnya manusia, maka Allah akan cukupkan baginya akan segala keperluannya di dunia ini. Tetapi barangsiapa yang mencari redha manusia dalam keadaan Allah murka, maka Allah menyerahkan nasibnya kepada manusia.”

Rasulullah saw



HIDUP KITA YANG ABADI CUMA ADA 2 TEMPAT:
1) Kekal di dalam Neraka
2) Kekal di dalam Syurga

Ingatlah bahawa seksaan di neraka amatlah pedih dan sangat mengerikan. Manakala kelazatan syurga itu amatlah indah dan tidak mampu terduga dek akal kita yang terlalu cetek ini. Malangnya kita terlalu lalai dan leka dalam menikmati keindahan dunia yang sementara ini sehinggakan terlupa akan tugas sebagai khalifah yang dilantik rasmi oleh Allah swt. So, semestinya kita melahirkan rasa syukur kita pada Allah swt dengan menjadikan diri sebagai hambaNya yang taat sehinggalah kita kembali bertemu Allah swt. Moga kembalinya kita pada Allah dalam keadaan DIA redha lalu dimasukkan ke dalam syurgaNya. Aminn..
Wallahu'alam..

"Hidup ini menjadi sempit dan semakin sempit kerana kamu menjalani hidup ini untuk meraih perhatian dan redha manusia di sekelilingmu. Apa yang kamu ingin lakukan, kamu ukur dengan redha manusia atau kebencian mereka. Ia membuatkan kamu menjalani sebuah kehidupan yang penuh dengan pendustaan."

Syeikh Ibn Atoillah As-Sakandari

7 comments:

tak patut sangat kita ni kufur nikmat Allah.. tamparan ni..

karya wan masih belum dpt ditandingi...hehe...
jom hayati Surah Ibrahim: 7...insyaAllah

pilihan telah siap tersedia..terpulang pada kita bagaimana untuk memilih yang terbaik tok diri kita sama ada hendak yg baik mahupun sebaliknya..tepuk dada tnya diri sendiri...

tp jgn tepuk kuat sgt...nnti sakit plak kng...hehe...anyway,trima kasih buat mimie yg sudi singgah...

Ucop pula HANYA ada satu. Iaitu 'the SUNSHINE guy!!..."

Daud pun satu gk...dengan title yg akan dipegang sepanjang zaman...SUNSHINE GUY TEGAR!!!!

hidup sunshine guy!!!semoga korang berdua nie akan bersinar sepertinya....hehe

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More