Followers

Saturday, June 25, 2011

Hati

"Ketahuilah dalam jasad itu ada seketul daging. Apabila soleh daging itu, maka solehlah jasad itu. Apabila rosak daging itu, maka rosaklah jasad itu. Dan ketahuilah bahawa daging itu adalah HATI"
Rasulullah saw (HR Bukhari dan Muslim)

Hati, merupakan raja dalam tubuh badan kita. Betapa hebatnya fungsi hati dalam hidup kita ini. Peringatan dari Rasulullah itu membawa maksud tentang perjalanan kita dalam menempuh pelbagai perkara dalam kehidupan ini. Hati yang rosak itu akan melakukan kerosakan bukan sahaja pada diri sendiri, bahkan juga pada sekeliling. Tambah teruk lagi, ia akan menjadi raja kebinasaan yang memberi arahan kepada si anggota yang mengikut kata raja dengan rela. Dan lama-kelamaan, hati itu akan menemui mati lebih awal sebelum jasadnya dan hati sudah terkubur di dalam jasad.

"Jika hati itu mati, maka perlu kita kebumikan. Tetapi tidak mampu kita kebumikan hati ke dalam tanah. Kerana itulah, hari ini banyak kubur-kubur yang berjalan"
Ibnu Qayyim

Kerana itulah hati perlu diproses, dilatih agar sentiasa hidup dan juga ditingkatkan supaya Allah tidak memalingkan hati-hati kita. Hati yang kuat itu akan lahir daripada tindakan kita dalam menjaga hubungan dengan Allah swt. Ia merasai ayat-ayat Allah berjalan dalam kehidupan dan merasai petunjuk dan pimpinan Allah dalam setiap gerak geri dalam perjalan hidup. Dan akan lahirlah kekuatan dan rasa tanggungjawab dalam memahami betapa pentingnya mendekatkan diri dengan Allah swt.

"Kekuatan bukan pada kaki, tetapi pada hati"
Daniel Bego (Olympics 2008)

3 comments:

Hati sama ada bersih atau kotor mempunyai pertalian rapat dengan keimanan dan ketakwaan individu terhadap Allah.Hati manusia yang rosak dapat digambarkan sebagai sebuah komputer yang mempunyai virus. Ia akan mengganggu sistem komputer dan mencacatkan penggunaannya. Begitulah juga hati, jika ia penuh dengan kekotoran dosa,seluruh badan akan rosak.Hati amat penting, kerana apabila rosak ia menggambarkan pegangan agama kita juga turut rosak.Oleh itu,kita hendakah sentiasa berdoa meminta-Nya memelihara hati kita agar sentiasa taat kepada-Nya.

setuju denagn mimi..:)

SOAL HATI??

hehe...

aku hnya mampu m'angguk kepala tanda setuju dgn kata2 mimie..hehe...

basyir,macho la gmbr baru...=)

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More