Followers

Thursday, June 9, 2011

Lu Langsi Lu Mati!!

"A strong person is not the one who beats his rivals in wrestling, but a strong person is the one who controls his anger."

Rasulullah saw (Riwayat Bukhari)

"Lu Langsi, Lu Mati!!"
Antara ayat yang famous buat masa sekarang ni sebab ramai yang baru tengok cerita Kongsi lakonan Shaheizy Sam. Lepas tu belum apa2 keluar lagi, pulak cerita baru, KL Gangster. Yang ni gandingan pelakon semua power punya. Tapi terfikirkah kita apa sebenarnya yang cuba dibawa dalam filem ni?? Adakah nak menerapkan pada kita tentang keberanian dalam menegakkan sesuatu?? Atau semangat "ukhwah" yang tinggi dalam sesebuah kumpulan?? Atau mengajar teknik yang betul dalam sepaka terajang??

Realiti hari ini cuba menerapkan pada kita bahawa orang yang kuat ini adalah orang yang berjaya menewaskan lawan beliau dalam suatu pergaduhan. Bak kata si Tumulak, "KL ni kawe legend". Tapi se"legend" beliau, akhirnya sangkut di dalam longkang. Sedangkan dalam Hadith di atas, Rasulullah berpesan bahawa orang yang kuat adalah orang yang mampu mengawal marah dalam dirinya. Nak kawal marah lagi susah tambah pulak ada tambahan perisa "bisikan" dan "cucukan" di telinga. Silap2 boleh bertukar jadi hijau macam Incredible
Hulk.

So, kena banyak2 istighfar pada Allah moga dipermudahkan dalam mengawal perasaan. Kerana marah itu bukan sahaja memberi kesan pada orang, tapi juga memberi kesan pada diri sendiri. Contohnya time main futsal, dengan rasa geram anda dengan rasa tak bersalah dan slumbernya telah "cucuh terus" kaki member anda..Member anda injured dan sekaligus anda dan dia akan tak bertegur selepas match tersebut. Sayanglah kalau ukhwah itu kalah kerana sebiji bola. Sama-sama la kita muhasabah balik diri kita.
Wallahu'alam..

3 comments:

lawak scene dia tersangkut kat longkang tuh.keke.

semua manusia xbleh lps dr perasaan marah..so kita kenalah bijak dlm menguruskan rasa marah tu...'anger management' sgtlah penting supaya semua org akan rasa lbh selesa ngn kita...

fathi: 2 la...gaya stunt sket pnya power tau2 sangkut plak...ahaha

mimie: i'allah...thanx 4 da simple word that way conclude your statement..."anger management"...

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More