Photo Raya 2010

“YA Allah, ampunilah aku dan ampunilah kedua-dua ibu bapaku dan cucurilah rahmat kepada mereka sebagaimana mereka mencurahkan kasih sayangnya memelihara dan mendidikku ketika kecil.”

Kelab Belia Haluan Ipoh

Sebuah kelab yang berdaftar di bawah Kementerian Belia dan Sukan. Boleh layari http://kbhi.blogspot.com untuk mengenali perjalanan dan aktiviti kelab ini

Untukmu Palestina Tercinta

Ya Allah, bantu dan selamatkan saudara kami kaum muslimin di Palestina. Ya Allah, timpakanlah kekalahan kepada orang-orang Yahudi terlaknat dan penolong-penolong dan sekutu-sekutu mereka.

Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadhan

"Wahai orang-orang beriman, diwajibkan keatas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan keatas orang-orang sebelum kamu, supaya kamu bertaqwa..." (Surah Al-Baqarah).

Chelsea 2011/2012

"The 4-3-3 is a system for us in the end where it is not just a striker, it is three forwards in the end, and we have this flexibility in the squad." Andre Villas-Boas

Followers

Friday, October 1, 2010

Lima Syarat Berbuat Maksiat

Alkisah bermula apabila seorang lelaki bertemu dengan Ibrahim bin Adham dan memberitahu bahawa beliau kerap membuat maksiat..Dia meminta nasihat dari Ibrahim bin Adham tentang permasalahan beliau..Lalu, Ibrahin bin Adham pun membalas
"Jika kamu mahu mampu melaksanakan lima syarat ini, maka kamu boleh terus melakukan maksiat."

Syarat Pertama: Jika kamu mahu bermaksiat kepada Allah, jangan memakan rezeki-NYA.

Syarat Kedua: Jika kamu mahu bermaksiat kepada Allah, jangan tinggal di bumi-NYA.

Syarat Ketiga: Jika kamu mahu terus bermaksiat kepada Allah, carilah tempat bersembunyi yang tidak terlihat oleh-NYA.

Syarat Keempat: Jika malaikat maut datang untuk mencabut nyawamu, katakan kepadanya "Lambatkan kematianku, aku ingin bertaubat dan melakukan amal soleh".

Syarat Kelima: Jika malaikat Zabaniyah datang hendak mengiringimu ke api neraka pada hari akhirat nanti, jangan pula kamu ikut bersamanya.

Setelah mendengarkan syarat2 dari Ibrahim bin Adham, maka lelaki tersebut insaf dan tidak mampu menahan air mata beliau lalu bertaubat,
"Mulai saat ini, aku mahu bertaubat kepada Allah".



So, peringatan ini untuk dikongsi bersama2...Bila terdengar kisah ini, rasa macam memang tak patut kita bermaksiat pada Allah..Syarat2 yang dikemukan oleh Ibrahim bin Adham ni memang benar2 memberitahu bahawa kita memang tak sepatutnya bermaksiat..Sama2 la kita muhasabah diri dan cuba perbaiki kelemahan..Yang baik dan sempurna itu dari Allah, yang lemah dan kurang itu dari diri aku sendiri..InsyaAllah..

Thursday, September 9, 2010

Salam Aidilfitri

Hari demi hari silih berganti
Banyak yang pergi tanpa disedari

Ramadhan Mubarak berlalu pergi

Syawal pula datang mengganti


Bulan Ramadhan kita berpuasa

Solat tarawikh tidak dilupa

Amal ibadah moga diterima

Terus maintain sampai bila2


Ramadhan pergi meninggalkan kita

Terasa sebak pemergiannya

Moga tahun depan dapat bersua

Sebagai ibadah pada yang ESA


Syawal kini datang pula

Sebagai kemenangan buat kita

Dihulur tangan maaf dipinta

Atas segala kesalahan saya



الله أكبر الله أكبر الله أكبر
لا إله إلا الله

الله أكبر الله أكبر

ولله الحمد


Kejap je rasa melalui Ramadhan..Moga tarbiyah yang telah kita jalani selama sebulan dalam madrasah Ramadhan meninggalkan kesan dan terus istiqamah dalam mencari redha Allah..Ya Allah, temukanlah daku dengan Ramadhan seterusnya..Taqabbalallahu Minna Waminkum..Moga Allah menerima amalan kita..InsyaAllah..

Friday, August 27, 2010

Perjalanan Triangle

Dalam kesibukan final sem yang penuh dengan projek (macam2 projek ada), sekali lagi kelas ECB8B berjaya mencilok dan menyelit sedikit masa untuk sama2 bersidang dalam majlis berbuka Edisi 2010..Kali ni punya majlis buat luar sket dari kawasan Shah Alam..Setelah diberi macam2 cadangan, akhirnya kteorg setuju untuk menerima idea dari Burhan "Hanz" untuk menyerang restoran 4 Happy Seasons kat area Wangsa Maju..Fuh, starting dengar 2 terasa gk jauh nye..Tapi bila memikirkan "bila lagi", better layan aje..

Sambutan memberansangkan sebab boleh kata semua pegi (rasanya 3orang je tercicir)..Besa la, setiap orang ada komitmen dan jadual sendiri..Kami konvoi 7 bijik kereta gerak dari Shah Alam..Memang semua cucuk rapat je...Tak mau kasi putus...Kang sesat lain plak destinasi nye..Alhamdulillah, perjalanan ok dan semua selamat sampai ke tempat yg dituju..

Four Happy Seasons Restaurant, Wangsa Maju

Sekali amik...ish3

Suasana kat situ makin x terkawal

Sempat wat kecoh lagi sebelum nak blah

Lepas dah selesai "melahap", ada mulut2 yang nakal ajak pi Putrajaya..Memang tak amik masa langsung berfikir, terus berkonvoi menuju ke tempat cadangan..Sampai kat destinasi kami pun.......

Mula bergambar...

Dan terus bergambar....

Dah habih semua nye, kami mula bergerak pulang ke bumi Shah Alam..Singgah dulu kt Restoran Pelita..Pekena dulu teh tarik dengan roti canai..=)

*(Perjalanan Triangle merujuk kepada perjalanan kteorg...Shah Alam - Wangsa Maju - Putrajaya - Shah Alam)

Wednesday, August 11, 2010

Sahaja Aku Berpuasa...

Ramadhan yang kita nanti selama ini akhirnya tiba..Alhamdulillah masih diberikan peluang untuk merasai Ramadhan pada tahun ini..Ada yang tak sempat merasai Ramadhan kerana telah dipanggil pulang oleh Allah s.w.t..Bulan Ramadhan yang penuh barakah ini menjadi suatu pemangkin pada kita untuk terus mempertingkatkan ibadah2 wajib dan memperbanyakkan ibadah2 sunat..Sebab time Ramadhan ni, Allah anugerahkan pahala yang berlipat ganda untuk setiap amalan kita..Menjadi suatu keseronokan buat kita untuk terus mengejar cinta Allah s.w.t..

Aku cuma ingin mengucapkan Selamat Menjalani Ibadah Puasa di Bulan Ramadhan Al-Mubarak..Moga sama2 kita terus upgrade diri kita dalam mentaati Allah..Jaga segala apa yang boleh mencacatkan pahala puasa kita..Mari menghayati Ramadhan..InsyaAllah..


Dengan ini aku post video Manbai & Raihan - Harapan Ramadhan..


Friday, July 30, 2010

LIFELINE 4 GAZA | Break The Siege


Wacana Ilmiah :
Kisah Benar

KAPAL MAVI MARMARA DISERANG KOMANDO ISRAEL


Tarikh: Rabu, 4 Ogos 2010
Lokasi: Dewan Kuliah FSPU, UiTM Shah Alam
Masa: 8.00 pm - 11.30 pm


Eksklusif Bersama Wira-Wira Negara:

Tuan Haji Noorazman

Ketua Misi LL4G Asia Tenggara


Dr Syed Muhammad Haleem

Doktor Perubatan Misi LL4G

Thursday, July 22, 2010

Manfaat Pada Yang Lain

"Sebaik-baik manusia ialah dia bermanfaat pada orang lain"
Rasulullah s.a.w

Teringat pada kata2 salah seorang lecturer aku dalam kelas tempoh hari.."Kita ni selalu fikir apa orang boleh bagi pada kita, tapi jarang kita fikir apa kita boleh bagi pada orang lain"..Balik dari kelas, sedikit sebanyak kata2 tersebut memberi kesan pada akal ini untuk berfikir sejauh mana diri ini pernah "memberi" pada orang lain..Memang tepat kata lecturer aku, umpama sebiji buah durian yang jatuh kat batang hidung sendiri..Jarang aku fikir apa yang boleh aku buat/bagi pada orang lain..Asyik2 mengharap agar orang sentiasa memberi pada aku..

"Tangan yang memberi lebih baik dari tangan yang menerima"

Begitu juga hubungan kita dengan Allah s.w.t..Kita sentiasa dianugerahkan dengan pelbagai nikmat dan kurniaan setiap hari, setiap masa..Tapi jarang sekali kita rasa nak melahirkan rasa syukur kita pada Allah..Sedangkan Allah itu Maha Pemurah lagi Maha Penyayang..Betapa pemurahnya Allah ni, takde pun dia caj kita dengan oksigen yg kita guna setiap masa ni..Bayangkan andai kata Allah caj oksigen ni setiap tarik RM 0.20..Haaaa..Time 2 memang kalo ada duit, fikir nak bayar oksigen dulu sebelum nak beli kereta..Tapi sedarlah wahai kawan2 sekalian, Allah itu amat2 lah pemurah..

Kita ni je, manusia jarang nak bersyukur dengan apa yang kita dapat..Tapi paling power dalam bidang merungut..Bila Allah tarik sikit je nikmat, mula la melenting..Macam2 boleh keluar dari mulut kita ni..Allah cuma nak uji hamba DIA, maka ditarik sebentar nikmat yang dipinjamkan..DIA nak tengok macam mana respon seorang hamba..So, banyak2 la bermuhasabah diri..Tengok balik diri kita adakah kita selalu bermanfaat pada orang lain, atau kita ni hanya mengharapkan manfaat dari orang lain..InsyaAllah

"Jadilah kamu seperti pokok yang berbuah. Apabila orang melemparkan dengan batu, kamu membalas dengan buah yang ranum"
Imam Hassan Al-Banna

Thursday, July 1, 2010

Konsert Amal

KONSERT MAHABBAH GAZA

Stadium Malawati, Shah Alam


10 Julai 2010 (Sabtu) - 8.30 Malam


Rabbani | Raihan | InTeam | Saujana | NowSeeHeart | Ummul Qura


MASUK PERCUMA




KONSERT AMAL "GAZA DI HATI"
bersama Wira-Wira Mavi Marmara


Dewan Besar UTeM, Kampus Durian Tunggal, Melaka


16 Julai 2010 - 8.00 pm


Penampilan istimewa

SHOUTUL HAROKAH

(Kumpulan Nasyid ter
HANGAT dari Indonesia)


MASUK PERCUMA

Sila bawa sepanduk/banner sebagai tanda sokongan anda kepada rakyat GAZA. Kutipan dana juga akan dijalankan pada malam konsert & sumbangan akan disalurkan secara terus kepada rakyat GAZA.

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More