Photo Raya 2010

“YA Allah, ampunilah aku dan ampunilah kedua-dua ibu bapaku dan cucurilah rahmat kepada mereka sebagaimana mereka mencurahkan kasih sayangnya memelihara dan mendidikku ketika kecil.”

Kelab Belia Haluan Ipoh

Sebuah kelab yang berdaftar di bawah Kementerian Belia dan Sukan. Boleh layari http://kbhi.blogspot.com untuk mengenali perjalanan dan aktiviti kelab ini

Untukmu Palestina Tercinta

Ya Allah, bantu dan selamatkan saudara kami kaum muslimin di Palestina. Ya Allah, timpakanlah kekalahan kepada orang-orang Yahudi terlaknat dan penolong-penolong dan sekutu-sekutu mereka.

Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadhan

"Wahai orang-orang beriman, diwajibkan keatas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan keatas orang-orang sebelum kamu, supaya kamu bertaqwa..." (Surah Al-Baqarah).

Chelsea 2011/2012

"The 4-3-3 is a system for us in the end where it is not just a striker, it is three forwards in the end, and we have this flexibility in the squad." Andre Villas-Boas

Followers

Monday, July 25, 2011

Tiada Kebaikan Itu Kecuali....

Tiada solat yang sempurna tanpa jiwa yang khusyu'.

Tiada puasa yang sempurna tanpa mencegah diri daripada perbuatan yang sia-sia.

Tiada kebaikan bagi pembaca Al-Quran tanpa mengambil pengajaran daripadanya.

Tiada kebaikan bagi orang yang berilmu tanpa memiliki sifat wara' (memelihara diri & berhati-hati dari dosa).

Tiada kebaikan mengambil teman tanpa saling sayang-menyayangi.

Tiada kebaikan bagi perbicaraan kecuali dengan amalan.

Tiada kebaikan bagi harta kecuali dengan kedermawanan.

Tiada kebaikan bagi sahabat kecuali dengan kesetiaan.

Tiada kebaikan bagi sedekah kecuali dengan niat yang ikhlas.

Tiada kebaikan bagi kehidupan kecuali kesihatan dan keamanan.

-Saidina Ali ra-

Thursday, July 21, 2011

Dua Sifat

Barangsiapa yang mempunyai dua sifat ini maka akan dicintai oleh Allah swt iaitu Taqwa dan Budi Pekerti Yang Baik.

Barangsiapa yang mempunyai dua sifat ini akan dicintai oleh manusia iaitu Pemurah dan Berbuat Baik.

Barangsiapa yang mempunyai dua sifat ini dicintai oleh tetangganya iaitu Murah Senyum dan Baik Pergaulannya.

Barangsiapa yang mempunyai dua sifat ini akan dicintai oleh saudara-saudaranya iaitu Mengingati Kebaikannya dan Melupakan Keburukan Mereka.

Barangsiapa yang mempunyai dua sifat ini akan dicintai oleh murid-muridnya iaitu Usahamu Yang Sungguh-Sungguh Untuk Memahamkan Mereka dan Sopan Santunmu Terhadap Mereka.

Barangsiapa yang mempunyai dua sifat ini akan dicintai oleh guru-gurunya iaitu Cepat Memahami Mereka dan Amat Menghormati Mereka.

Barangsiapa yang mempunyai dua sifat ini akan dicintai oleh keluarganya iaitu Sopan Santun Dalam Bermuamalah Dengan Mereka dan Prihatin Akan Kesusahan Mereka.

Barangsiapa yang mempunyai dua sifat ini akan dicintai oleh pemimpin mereka iaitu Taat dan Melaksanakan Perintahnya.

Barangsiapa yang mempunyai dua sifat ini akan dicintai oleh Allah swt dan manusia iaitu Berbuat Baik dan Menjauhi Bahaya.


Sesungguhnya Telah ada pada (diri) Rasulullah itu suri teladan yang baik bagimu (yaitu) bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah dan (kedatangan) hari kiamat dan dia banyak menyebut Allah.
Surah Al-Ahzab: 21

Sunday, July 10, 2011

Al Mawlid - Cahaya Seluruh Alam



Aku dapat info pasal video ni dari salah seorang budak blogger (Wan2Day) yang sentiasa share input yang power dan mantap. Anyway, saja nak share video ni untuk tatapan bersama. Rasa touching melihat wajah-wajah di dalam video clip ni. Segala yang baik dan sempurna itu dari Allah dan yang kurang dan lemah itu dari diri sendiri. Wallahu'alam..

Saturday, June 25, 2011

Hati

"Ketahuilah dalam jasad itu ada seketul daging. Apabila soleh daging itu, maka solehlah jasad itu. Apabila rosak daging itu, maka rosaklah jasad itu. Dan ketahuilah bahawa daging itu adalah HATI"
Rasulullah saw (HR Bukhari dan Muslim)

Hati, merupakan raja dalam tubuh badan kita. Betapa hebatnya fungsi hati dalam hidup kita ini. Peringatan dari Rasulullah itu membawa maksud tentang perjalanan kita dalam menempuh pelbagai perkara dalam kehidupan ini. Hati yang rosak itu akan melakukan kerosakan bukan sahaja pada diri sendiri, bahkan juga pada sekeliling. Tambah teruk lagi, ia akan menjadi raja kebinasaan yang memberi arahan kepada si anggota yang mengikut kata raja dengan rela. Dan lama-kelamaan, hati itu akan menemui mati lebih awal sebelum jasadnya dan hati sudah terkubur di dalam jasad.

"Jika hati itu mati, maka perlu kita kebumikan. Tetapi tidak mampu kita kebumikan hati ke dalam tanah. Kerana itulah, hari ini banyak kubur-kubur yang berjalan"
Ibnu Qayyim

Kerana itulah hati perlu diproses, dilatih agar sentiasa hidup dan juga ditingkatkan supaya Allah tidak memalingkan hati-hati kita. Hati yang kuat itu akan lahir daripada tindakan kita dalam menjaga hubungan dengan Allah swt. Ia merasai ayat-ayat Allah berjalan dalam kehidupan dan merasai petunjuk dan pimpinan Allah dalam setiap gerak geri dalam perjalan hidup. Dan akan lahirlah kekuatan dan rasa tanggungjawab dalam memahami betapa pentingnya mendekatkan diri dengan Allah swt.

"Kekuatan bukan pada kaki, tetapi pada hati"
Daniel Bego (Olympics 2008)

Thursday, June 9, 2011

Lu Langsi Lu Mati!!

"A strong person is not the one who beats his rivals in wrestling, but a strong person is the one who controls his anger."
Rasulullah saw (Riwayat Bukhari)

"Lu Langsi, Lu Mati!!"
Antara ayat yang famous buat masa sekarang ni sebab ramai yang baru tengok cerita Kongsi lakonan Shaheizy Sam. Lepas tu belum apa2 keluar lagi, pulak cerita baru, KL Gangster. Yang ni gandingan pelakon semua power punya. Tapi terfikirkah kita apa sebenarnya yang cuba dibawa dalam filem ni?? Adakah nak menerapkan pada kita tentang keberanian dalam menegakkan sesuatu?? Atau semangat "ukhwah" yang tinggi dalam sesebuah kumpulan?? Atau mengajar teknik yang betul dalam sepaka terajang??

Realiti hari ini cuba menerapkan pada kita bahawa orang yang kuat ini adalah orang yang berjaya menewaskan lawan beliau dalam suatu pergaduhan. Bak kata si Tumulak, "KL ni kawe legend". Tapi se"legend" beliau, akhirnya sangkut di dalam longkang. Sedangkan dalam Hadith di atas, Rasulullah berpesan bahawa orang yang kuat adalah orang yang mampu mengawal marah dalam dirinya. Nak kawal marah lagi susah tambah pulak ada tambahan perisa "bisikan" dan "cucukan" di telinga. Silap2 boleh bertukar jadi hijau macam Incredible
Hulk.

So, kena banyak2 istighfar pada Allah moga dipermudahkan dalam mengawal perasaan. Kerana marah itu bukan sahaja memberi kesan pada orang, tapi juga memberi kesan pada diri sendiri. Contohnya time main futsal, dengan rasa geram anda dengan rasa tak bersalah dan slumbernya telah "cucuh terus" kaki member anda..Member anda injured dan sekaligus anda dan dia akan tak bertegur selepas match tersebut. Sayanglah kalau ukhwah itu kalah kerana sebiji bola. Sama-sama la kita muhasabah balik diri kita.
Wallahu'alam..

Tuesday, May 17, 2011

Mood Konvo

"Ilmu lebih utama dari harta. Ilmu adalah peninggalan Nabi, manakala harta adalah peninggalan Qarun dan Firaun. Ilmu akan bertambah apabila digunakan manakala harta makin berkurang apabila dibelanjakan, kecuali harta yang dimanfaat pada jalan Allah. Ilmu akan melindungi pemiliknya manakala harta perlukan perlindungan pemilknya."
-Saidina Ali ra-

Alhamdulillah, setelah lama mendiamkan diri dalam alam blogger ni aku kembali semula berkongsi suara hati untuk tatapan bersama. Mungkin sedikit busy dengan alam kerja yang baru je aku tempuhi. Kali ini just nak berkongsi tentang keutamaan ilmu daripada harta. Bila terbaca kata-kata Saidina Ali, memang betul setiap apa yang dituturkan. Memang ilmu lebih baik daripada harta kekayaan. Tetapi still perlu pada harta cumanya jika harta akan dianggap membazir kita tidak gunakan untuk perkara2 yang bermanfaat. Begitu juga ilmu, akan dianggap suatu pembaziran jika tidak diamal, tidak dikongsi dan tiada peningkatan. Antara pembaziran yang sering dilakukan, dipetik dari kata2 Ibnu Qayyim Al-Jauziyah.

Actually, aku tengah dalam mood CONVO ni. InsyaAllah kalau ada rezeki, bakal menyusul Jumaat ni di UiTM Shah Alam. Sebab kita selalu dilatih untuk berfikir dalam skop yang kecil dan kita rasa graduation adalah penutup pintu menuntut ilmu. Alam kerja adalah waktu untuk collect harta. Jadi, aku pun just nak berkongsi la kata2 di atas sebagai refreshment untuk kita semua untuk terus menuntut ilmu walau di situasi apa sekali pun. Moga ia menjadi amal ibadah kita dan bekalan untuk bertemu Allah.
Wallahu'alam..

Tuesday, April 19, 2011

Pelik Sungguh

PELIK YE!!!

RM 50 begitu besar untuk tabung masjid tapi terlalu kecil untuk supermarket
30 minit terlalu panjang untuk zikir tapi terlalu pendek untuk suatu cerita
Lama 1 jam di dalam masjid tapi kejap 2 jam di dalam wayang
30 minit tak sampai dengar khutbah dah bosan tapi tak cukup jika dengar lagu
Dengar iklan tengah sale tak sabar nak pergi tapi dengar azan tak sabar nak tukar channel
Pasar malam jauh sanggup naik kereta tapi yang dekat rasa berat nak pergi

Apabila terbaca statement di atas, bunyinya memang pelik tapi itulah hakikat yang sedang terjadi pada kita semua pada hari ini. Aku tak merujuk pada sesiapa, tetapi pada diri ini sendiri. Hampir kesemua terkena pada batang hidung sendiri. Nak ditunjukkan di sini bahawa terlalu berkiranya kita dengan Allah. Terlalu lemah hubungan kita dengan Maha Pencipta lagi Maha Bijaksana.

"Hendaklah kamu mencari keredhaan Allah daripada kemarahan manusia"
Rasulullah saw

Hubungan dengan Allah merupakan suatu persoalan yang utama dalam memantapkan ibadah kita di mana hati kita nak merasa kebersamaan dengan Allah. Merasa bahawa Allah itu Maha Melihat apa sahaja yang kita lakukan. Dunia hari ini mengajar kita untuk lebih menjaga pandangan dan penilaian manusia berbanding nilaian Allah swt. So, sama-sama kita muhasabah diri dalam memperbaiki hubungan kita hamba dengan Allah yang Maha Kuasa.

"Takutlah dengan Allah di waktu gelap dan terang"
Rasulullah saw

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More