Photo Raya 2010

“YA Allah, ampunilah aku dan ampunilah kedua-dua ibu bapaku dan cucurilah rahmat kepada mereka sebagaimana mereka mencurahkan kasih sayangnya memelihara dan mendidikku ketika kecil.”

Kelab Belia Haluan Ipoh

Sebuah kelab yang berdaftar di bawah Kementerian Belia dan Sukan. Boleh layari http://kbhi.blogspot.com untuk mengenali perjalanan dan aktiviti kelab ini

Untukmu Palestina Tercinta

Ya Allah, bantu dan selamatkan saudara kami kaum muslimin di Palestina. Ya Allah, timpakanlah kekalahan kepada orang-orang Yahudi terlaknat dan penolong-penolong dan sekutu-sekutu mereka.

Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadhan

"Wahai orang-orang beriman, diwajibkan keatas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan keatas orang-orang sebelum kamu, supaya kamu bertaqwa..." (Surah Al-Baqarah).

Chelsea 2011/2012

"The 4-3-3 is a system for us in the end where it is not just a striker, it is three forwards in the end, and we have this flexibility in the squad." Andre Villas-Boas

Followers

Monday, February 14, 2011

Ya Nabi Salam Alayka



Maher Zain - Salam Alayka

Sekadar berkongsi video ini..Rasanya nasyid yang ini belum lg ditranslate ke BM macam lagu InsyaAllah..=)

Salam Maulidur Rasul..Cintailah ALLAH dan RASUL melebihi segalanya..Wallahu'alam


Katakanlah (wahai Muhammad): "Jika bapa, anak, saudara, pasangan, kaum keluarga, harta yang kamu usahakan, perniagaan dan kediaman lebih kamu kasihi daripada Allah dan Rasul-Nya dan jihad pada jalan-Nya, maka nantilah hingga Allah mendatangkan perkara-Nya."

Surah At-Taubah: 24

Saturday, February 12, 2011

Memang Sedang Terjadi

Suatu masa dahulu, terdapat sebatang pokok epal yang amat besar. Seorang kanak-kanak lelaki begitu gemar bermain-main di sekitar pokok epal ini setiap hari. Dia memanjat pokok tersebut, memetik serta memakan epal sepuas-puas hatinya, dan adakalanya dia berehat lalu terlelap di perdu pokok epal tersebut. Budak lelaki tersebut begitu menyayangi tempat permainannya. Pokok epal itu juga menyukai budak tersebut.

Masa berlalu... budak lelaki itu sudah besar dan menjadi seorang remaja. Dia tidak lagi menghabiskan masanya setiap hari bermain di sekitar pokok epal tersebut. Namun begitu, suatu hari dia datang kepada pokok epal tersebut dengan wajah yang sedih.

"Marilah bermain-mainlah di sekitarku," ajak pokok epal itu.

"Aku bukan lagi kanak-kanak. Aku tidak lagi gemar bermain dengan engkau,"jawab budak remaja itu.
"Aku mahukan permainan. Aku perlukan wang untuk membelinya," tambah budak remaja itu dengan nada yang sedih.

Lalu pokok epal itu berkata, "Kalau begitu, petiklah epal-epal yang ada padaku. Jualkannya untuk mendapatkan wang. Dengan itu, kau dapat membeli permainan yang kau inginkan."

Budak remaja itu dengan gembiranya memetik semua epal di pokok itu dan pergi dari situ. Dia tidak kembali lagi selepas itu. Pokok epal itu merasa sedih.

Masa berlalu...Suatu hari, budak remaja itu kembali. Dia semakin dewasa. Pokok epal itu merasa gembira.

"Marilah bermain-mainlah di sekitarku," ajak pokok epal itu.
"Aku tiada masa untuk bermain. Aku terpaksa bekerja untuk mendapatkan wang.
Aku ingin membina rumah sebagai tempat perlindungan untuk keluargaku. Bolehkah kau menolongku?" Tanya budak itu.

"Maafkan aku. Aku tidak mempunyai rumah. Tetapi kau boleh memotong dahan-dahanku yang besar ini dan kau buatlah rumah daripadanya." Pokok epal itu memberikan cadangan.

Lalu, budak yang semakin dewasa itu memotong kesemua dahan pokok epal itu dan pergi dengan gembiranya. Pokok epal itu pun tumpang gembira tetapi kemudiannya merasa sedih kerana budak itu tidak kembali lagi selepas itu.

Suatu hari yang panas, seorang lelaki datang menemui pokok epal itu. Dia sebenarnya adalah budak lelaki yang pernah bermain-main dengan pokok epal itu. Dia telah matang dan dewasa.

"Marilah bermain-mainlah di sekitarku," ajak pokok epal itu
"Maafkan aku, tetapi aku bukan lagi budak lelaki yang suka bermain-main di sekitarmu. Aku sudah dewasa. Aku mempunyai cita-cita untuk belayar. Malangnya. Aku tidak mempunyai bot. Bolehkah kau menolongku?" tanya lelaki itu.

"Aku tidak mempunyai bot untuk diberikan kepada kau. Tetapi kau boleh memotong batang pokok ini untuk dijadikan bot. Kau akan dapat belayar dengan gembira," cadang pokok epal itu.

Lelaki itu merasa amat gembira dan menebang batang pokok epal itu. Dia kemudiannya pergi dari situ dengan gembiranya dan tidak kembali lagi selepas itu.

Namun begitu, pada suatu hari, seorang lelaki yang semakin dimamah usia, datang menuju pokok epal itu. Dia adalah budak lelaki yang pernah bermain di sekitar pokok epal itu.

"Maafkan aku. Aku tidak ada apa-apa lagi nak diberikan kepada kau. Aku sudah memberikan buahku untuk kau jual, dahanku untuk kau buat rumah,batangku untuk kau buat bot. Aku hanya ada tunggul dengan akar yang hampir mati..." kata pokok epal itu dengan nada pilu.

"Aku tidak mahu epalmu kerana aku sudah tiada bergigi untuk memakannya. Aku tidak mahu dahanmu kerana aku sudah tua untuk memotongnya. Aku tidak mahu batang pokokmu kerana aku berupaya untuk belayar lagi. Aku merasa penat dan ingin berehat," jawab lelaki tua itu.

"Jika begitu, berehatlah di perduku," cadang pokok epal itu.
Lalu lelaki tua itu duduk berehat di perdu pokok epal itu dan berehat. Mereka berdua menangis kesedihan bercampur gembira.

Beginilah fenomena hari ini, bila susah baru nak ingat cari "pokok epal" (mak ayah)..Sedarlah sahabat-sahabat sekalian yang redha Allah itu terletak pada redha ibubapa.

"Keredhaan Allah terletak pada keredhaan ibubapa manakala kemurkaan Allah terletak pada kemurkaan ibubapa"

Al-Hadith

Saturday, January 29, 2011

Hidup Kita....


HIDUP KITA CUMA DALAM 3 HARI:
1) Semalam - Berlalu dan menjadi sejarah dalam hidup
2) Hari Ini - Hari yang sedang kita lalui

3) Esok - Hari yang belum pasti akan ketemu


Muhasabahlah diri di hari pertama agar hari kedua menjadi lebih baik dan bermakna dari hari pertama. Jangan terlalu berharap untuk bertaubat pada hari ketiga kerana mungkin ajal akan datang menjemput pada hari kedua.

“Barangsiapa yang hari ini dia lebih baik dari semalam, maka dia dari kalangan mereka yang beruntung. Barangsiapa yang hari ini dia sama seperti semalam, maka dia dari kalangan yang rugi. Barangsiapa yang hari ini dia lebih teruk dari semalam, maka dia di kalangan orang yang celaka.”
Rasulullah saw


HIDUP KITA CUMA DALAM 2 NAFAS:
1) Nafas Naik
2) Nafas Turun

Hargailah nafas yang naik kerana udara yang disedut adalah pemberian Allah secara percuma dan carilah keredhaanNya dalam menggunakan kurniaanNya. Bertaubatlah kita dalam nafas yang turun kerana itu mungkin nafas yang terakhir keluar dari tubuh bersama Nyawa dan Roh untuk meninggalkan dunia yang fana.

HIDUP KITA CUMA ADA 2 PILIHAN:
1) Hidup dalam Redha Allah
2) Hidup dalam Murka Allah

“Sesungguhnya barangsiapa yang mencari redha Allah dengan marahnya manusia, maka Allah akan cukupkan baginya akan segala keperluannya di dunia ini. Tetapi barangsiapa yang mencari redha manusia dalam keadaan Allah murka, maka Allah menyerahkan nasibnya kepada manusia.”

Rasulullah saw



HIDUP KITA YANG ABADI CUMA ADA 2 TEMPAT:
1) Kekal di dalam Neraka
2) Kekal di dalam Syurga

Ingatlah bahawa seksaan di neraka amatlah pedih dan sangat mengerikan. Manakala kelazatan syurga itu amatlah indah dan tidak mampu terduga dek akal kita yang terlalu cetek ini. Malangnya kita terlalu lalai dan leka dalam menikmati keindahan dunia yang sementara ini sehinggakan terlupa akan tugas sebagai khalifah yang dilantik rasmi oleh Allah swt. So, semestinya kita melahirkan rasa syukur kita pada Allah swt dengan menjadikan diri sebagai hambaNya yang taat sehinggalah kita kembali bertemu Allah swt. Moga kembalinya kita pada Allah dalam keadaan DIA redha lalu dimasukkan ke dalam syurgaNya. Aminn..
Wallahu'alam..

"Hidup ini menjadi sempit dan semakin sempit kerana kamu menjalani hidup ini untuk meraih perhatian dan redha manusia di sekelilingmu. Apa yang kamu ingin lakukan, kamu ukur dengan redha manusia atau kebencian mereka. Ia membuatkan kamu menjalani sebuah kehidupan yang penuh dengan pendustaan."

Syeikh Ibn Atoillah As-Sakandari

Wednesday, January 5, 2011

Tamparan Itu Jawapan

Kisah bermula apabila seorang pemuda (Pemuda A) baru pulang ke tanah air setelah lama merantau di negara orang..Dia meminta pada orang tuanya supaya ditemukan dengan guru agama, ustaz atau sesiapa yang mampu untuk menjawab 3 persoalannya. Maka, orang tuanya mempertemukan dia dengan seorang pemuda Islam (Pemuda B).

Pemuda A: Siapa kamu? Mampukah kamu menjawab soalan-soalanku ini?
Pemuda B: Saya hamba Allah dan dengan izin-Nya saya akan menjawab persoalan kamu.
Pemuda A: Kamu yakin? Sedangkan profesor dan ramai orang yang pintar tidak mampu menjawab persoalan saya ini.
Pemuda B: Saya akan menjawab atas kemampuan saya.
Pemuda A: Saya ada 3 persoalan:-
1. Kalau memang Tuhan itu ada, tunjukkan wujud Tuhan kepada saya.

2. Apakah yang dinamakan takdir?

3. Kalau syaitan itu diciptakan dari api mengapa dicampakkan semula ke api neraka sedangkan mereka memiliki unsur yang sama. Tentu tidak menyakitkan buat syaitan. Apakah Tuhan tidak pernah berfikir sejauh itu?


Tiba-tiba pemuda B menampar pipi pemuda A tadi.


Pemuda A: Mengapa kamu begitu marah? (sambil menahan sakit)

Pemuda B: Aku tidak marah. Tetapi tamparan itu adalah jawapan bagi 3 persoalanmu itu.
Pemuda A: Aku tidak faham. Mengapa?
Pemuda B: Bagaimana rasanya apabila ditampar tadi?
Pemuda A: Sudah pasti aku merasa sakit.
Pemuda B: Jadi, kamu percaya bahawa sakit itu ada?
Pemuda A: Ya!
Pemuda B: Tunjukkan saya wujudnya sakit itu.

Pemuda A: Saya tidak boleh.
Pemuda B: Itulah jawaban pertanyaan pertama…kita semua merasakan kewujudan Tuhan tanpa mampu melihat wujudnya. Apakah malam tadi kamu bermimpi akan ditampar oleh saya?
Pemuda A: Tidak.
Pemuda B: Apakah pernah terfikir oleh kamu akan menerima sebuah tamparan dari saya hari ini?
Pemuda A: Tidak.
Pemuda B: Itulah yang dinamakan takdir. Terbuat dari apa tangan yang saya gunakan untuk menampar kamu?
Pemuda A: Kulit.
Pemuda B: Terbuat dari apa pipi kamu?
Pemuda A: Kulit.
Pemuda B: Bagaimana rasanya tamparan saya tadi?
Pemuda A: Sakit.
Pemuda B: Walaupun syaitan dijadikan dari api dan neraka juga terbuat dari api, jika Tuhan menghendaki maka neraka akan menjadi tempat yang menyakitkan untuk syaitan.

Sunday, December 19, 2010

Surat Ayahanda Buat Keluarga

Kisah bermula apabila si ayah mahu keluar bermusafir..Lalu ditinggalkan isteri serta 3 orang anak nya di rumah..Si ayah mahu pergi jauh dan dia memberitahu si ibu bahawa dia akan mengirimkan surat untuk mereka..Maka si ayah pun beredar pergi meninggalkan rumah tersebut..Dan seperti yang dijanjikan, si ayah telah mengirim surat pada si ibu dan anak2 nya di rumah..Si ibu pun mencium bau wangi sampul surat tersebut dan sayang untuk membukanya..Lalu si ibu pun menyimpan surat si ayah dengan baik di dalam almari kaca..Sayang si ibu untuk membuka surat si ayah..

Dan si ayah terus mengirimkan surat yang kedua kepada si ibu dan anak2 nya..Si ibu mencium bau sampul surat yang dikirim oleh ayah..Tapi si ibu masih sayang untuk membuka surat tersebut.."Ni surat ayah kamu, sayang ibu nak buka..Ibu simpan elok2 dalam almari kaca ni ye nak"kata si ibu pada anak sulung nya..Hal ini terus berulang setiap kali si ayah mengirim kan surat pada mereka..Si ibu akan mencium bau wangi surat itu lalu disimpan di dalam almari kaca..Sayang sungguh ibu pada surat si ayah..


Namun, semakin lama anak2 mereka semakin besar..Dan anak2 mereka tak mampu dikawal dek si ibu yang keseorangan..Malah. si ibu menjadi tidak siuman dan telah meninggalkan rumah itu..Dalam tempoh setahun kemudian selepas keluarga mereka dilanda masalah yang bermacam2, si ayah telah pulang ke rumah dengan harapan ingin bertemu dengan si ibu dan anak2 nya..Alangkah terkejutnya si ayah apabila mengetahui hanya anak bongsunya sahaja yang ada di rumah tersebut..


Ayah : Mana ibu mu??

Anak : Ibu dah pergi meninggalkan rumah ini..

Ayah : Mana along dan angah??

Anak : Along dah jadi penagih dan tak tahu hilang ke mana..Angah sekarang aktif merempit..

Ayah : Adakah ibu mu membaca surat2 yang telah ayah kirimkan??

Anak : Tidak..Ibu hanya mencium wangian surat itu lalu disimpan di dalam almari kaca itu..Tidak pernah dibuka satu surat pun..


Alangkah kecewanya si ayah apabila mengetahui akan hal itu..Maka dibukakan oleh ayahnya sendiri akan surat2 yang telah dikirimkan olehnya..Rupa2 nya di dalam setiap surat yang dikirim nya adalah tertulis nasihat dan pesanan buat si ibu dan anak2 nya.."Apabila along cukup 17 tahun, berikan dia duit ini untuk dia meneruskan pengajian nya".."Buat angah, ayah akan berikan sekeping surat tawaran untuk masuk ke asrama penuh"..Dan macam2 lagi pesanan si ayah buat mereka..Namun semuanya sudah terlambat..



Begitulah juga dengan diri kita..Al-Quran yang telah Allah kurniakan pada kita, jarang sekali kita explore dan hayati makna@terjemahan ayat2 Al-Quran..Terlalu banyak manfaat, pesanan dan nasihat yang telah Allah ungkapkan dengan kata2 NYA di dalam Al-Quran..Alangkah rugi nya kita andai kata Al-Quran itu hanya cantik untuk disimpan di dalam cermin kaca tanpa kita tidak membukanya..Jangan jadi seperti si ibu, sayang si ayah sehinggakan tidak mahu membuka surat itu walhah terkandung pelbagai nasihat dari si ayah..Sama2 lah kita muhasabah diri..InsyaAllah..

Sunday, December 12, 2010

Dari Hadith 42

Daripada Anas r.a. beliau berkata: Aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda: Allah Ta'ala berfirman: Wahai anak Adam! Selagi mana engkau meminta, berdoa dan mengharapkan Aku, Aku akan ampunkan apa-apa dosa yang ada pada dirimu dan Aku tidak peduli. Wahai anak Adam! Seandainya dosa-dosamu banyak sampai mencecah awan langit kemudian engkau memohon ampun kepadaKu, nescaya Aku akan ampunkan bagimu. Wahai anak Adam! Sesungguhnya engkau, andainya engkau datang mengadapKu dengan dosa-dosa sepenuh isi bumi, kemudian engkau datang menghadapKu tanpa engkau mensyirikkan Aku dengan sesuatu, nescaya Aku akan mengurniakan untukmu keampunan sepenuh isi bumi.
Riwayat al-lmam al-Tirmizi

Dari Hadith 42, dalam buku An-Nawawi's Forty Hadiths



Sedar tak kita bahawa doa merupakan bukti bahawa Allah itu sayang pada hambaNya..Dalam perjalanan seharian kita, setiap perbuatan itu bermula dengan doa..Dari mula bangun tidur sampai la kita tutup mata balik..Sentiasa didahului dengan doa..Doa dapat mengekalkan hubungan kita dengan Maha Pencipta..Allah tak mahu hambaNya terputus hubungan denganNya, sebab 2 setiap apa pun perbuatan ada doanya..Doa juga merupaka dialog antara kita dengan Allah..Dengan doa, kita dapat melahirkan rasa ingin berkongsi masalah dan meluahkan apa rasa hati pada Allah..Betapa indahnya berdoa..

Tapi kita selalu je salah anggap dengan doa..Aku sendiri akui perkara ni..Kita selalu beranggapan bahawa doa ni just sebagai pemberitahuan hajat..Bila start final exam or ada apa2 hajat, baru la gigih berdoa..Tapi bila dah selesai, dah tak berdoa dah..Tak konsisten dan tak istiqamah dalam berdoa pada doa..Punya la tak bersyukur hambaMu ini ya Allah..Padahal kita kena rasa bahawa doa ni suatu kewajipan dan melambangkan diri kita sebagai hamba yang meminta..

Teruskan lah berdoa wahai sahabat2 sekalian..Allah suka pada hambaNYA yang berdoa..Kita rujuk Hadith kat atas tadi, betapa Allah mahu kita berdoa kepadaNYa..Sesungguhnya Allah Maha Mendengar lagi Maha Adil..Yakinlah kawan2 sekalian..InsyaAllah..

"iaitu tatkala ia berdoa kepada Tuhannya dengan suara yang lembut"
Surah Maryam: 3

Tuesday, November 2, 2010

Baru Nak Ada Mood Final Exam

Alhamdulillah, di pagi hari ini tiba2 datang mood untuk menulis dan berkongsi sedikit sebanyak..Lama jugak blog ni tak diupdate atas alasan "busy"..Padahal takde busy mana pun, cuma banyak komitmen lain yang harus diselesaikan terlebih dahulu..Dan secara tak sedar telah menyebabkan blog ni sedikit bersawang..Kira nya hari ni nak cuci dulu sawang2 ni...Ish3..

Tertarik sebenar nye dengan post member2 yang lain di mana most of them telah berjaya menjejakkan kaki ke alam interview dan insyaAllah bakal menjadi seseorang yang bekerjaya..Tahniah buat mereka2 yang dah berjaya..Tapi ada jugak member2 aku yang still nak continue study..Ada yang nak sambung UiTM balik dan ada jugak yang further study kat oversea..Teruskan wahai sahabat2 sekalian..Moga segala usaha dan ikhtiar kita diterima sebagai ibadah pada Allah..


Kepada semua yang tengah busy study, goodluck for your final exam..Korang semua banyak yang nak habis paper dah..Aku start pun tak lagi..Momentum dah jatuh sekarang ni..Perlu cari semula semangat yang hilang..Ya Allah, berikan hamba Mu ini kekuatan untuk terus berjuang pada jalan Mu..InsyaAllah..Ayuh!!!

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More