Photo Raya 2010

“YA Allah, ampunilah aku dan ampunilah kedua-dua ibu bapaku dan cucurilah rahmat kepada mereka sebagaimana mereka mencurahkan kasih sayangnya memelihara dan mendidikku ketika kecil.”

Kelab Belia Haluan Ipoh

Sebuah kelab yang berdaftar di bawah Kementerian Belia dan Sukan. Boleh layari http://kbhi.blogspot.com untuk mengenali perjalanan dan aktiviti kelab ini

Untukmu Palestina Tercinta

Ya Allah, bantu dan selamatkan saudara kami kaum muslimin di Palestina. Ya Allah, timpakanlah kekalahan kepada orang-orang Yahudi terlaknat dan penolong-penolong dan sekutu-sekutu mereka.

Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadhan

"Wahai orang-orang beriman, diwajibkan keatas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan keatas orang-orang sebelum kamu, supaya kamu bertaqwa..." (Surah Al-Baqarah).

Chelsea 2011/2012

"The 4-3-3 is a system for us in the end where it is not just a striker, it is three forwards in the end, and we have this flexibility in the squad." Andre Villas-Boas

Followers

Saturday, May 15, 2010

Menuntut Ilmu

"Siapa yang keluar untuk menuntut ilmu maka ia berjuang fisabillah hingga ia kembali"
-Rasulullah s.a.w-
(Riwayat At-Tarmzi dan Ad-Darimi)

Selesai sudah seminggu aku menjalani sesi latihan industri a.k.a praktikal..Alhamdulillah, segalanya berjalan lancar..Semakin hari semakin baik..Walaupun mengambil sedikit masa untuk membiasakan diri di tempat kerja yang sebenar..Moga Allah mudahkan perjalanan kita..InsyaAllah..

Ada beberapa perkara yang berlaku dalam sesi praktikal ni menyebabkan aku rasa nyaris2 down..Terasa bebanan dan sesalan..Tapi alhamdulillah ada teman2 yang meniupkan semangat dalam diri untuk terus berjuang..Mungkin terlalu cepat aku membuat tanggapan yang pelik2 menyebabkan aku sendiri yang meng"down"kan diri aku..Tapi so far just nice la..

Bila terfikir balik, mungkin ada hikmah Allah susun aku praktikal kat tempat ni..Tapi bersangka baik memang sukar, tapi percayalah ia akan memberi kesan positif pada diri kita dan seterusnya orang sekeliling kita..Allah tahu tahap kemampuan hambaNYA..Dia tidak akan akan menguji kita lebih dari kemampuan kita..Memang kita rasa macam tak mampu, tapi sebenarnya Allah tahu kita mampu untuk tangani sesuatu ujian itu..Aku pernah terbaca dalam sebuah buku novel milik Daud Mili berbunyi macam ni "Allah tidak akan menguji hambaNYA atas kadar imannya"..Short but solid..Dalam sepotong ayat dalam Al-Quran juga ada menyebut:

"Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Ia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya dan ia mendapat siksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya........"
-Surah Al-Baqarah:286-

So,yakinlah rakan2 sekalian bahawa itu Maha Adil, Maha Penyayang, Maha segalanya..Bersangka baik dengan susunan dan belajar untuk redha dengan qada' dan qadar Allah..Mungkin dengan cara ini, hati kita akan lebih mudah terubat dari rasa kecewa dan perasaan down..InsyaAllah..

"Sesiapa yang menginginkan dunia(kebahagiaan dunia), maka hendaklah ia berilmu dan siapa yang menginginkan akhirat(kebahagiaan akhirat) maka hendaklah ia belajar dan berilmu. Dan siapa yang mengkehendaki kedua-duanya, maka ia pun harus berilmu"
-Rasulullah s.a.w-

Friday, April 23, 2010

Perhimpunan Perdana PALESTIN


Ayuh! Sambutlah Seruan, Menerobos Tembok Kematian Perhimpunan Perdana PALESTIN

Tarikh; 8 Mei 2010

Lokasi: Stadium Melawati, Shah Alam

Masa: 7.00mlm hingga 11.30mlm


Aktiviti Menarik

- Persembahan Nasyid, Parkour & Sketsa

- Tayangan Video Air Mata Palestin

- Ucapan Wakil-wakil NGO

- Ucapan Wakil dari Palestin

- Penyampaian Sumbangan


Tetamu Jemputan
- Skeikh Hussein KH Awawidah, Penasihat kanan Rabithah Ulama Palestin

- Kumpulan Nasyid & Artis-artis Tanah Air


*Bawa bersama sepanduk & banner sebagai tanda sokongan anda

*Kutipan dana akan turut diadakan & sumbangan akan disalurkan ke Gaza secara langsung
*Bawa sejadah untuk solat Maghrib berjemaah di Stadium

Anjuran
* Coalition of Graduates of Higher Institutions of Malaysia (HALUAN)

* Malaysian Muslim Youth Movement (ABIM)

* Jemaah Islah Malaysia (JIM)

* Palestinian Center of Excellence (PACE)

* Aqsa Syarif

* Dewan Pemuda Masjid Malaysia (Dewan Pemuda)

* Pertubuhan Mawaddah Malaysia

* Viva Palestina Malaysia (VPM)

* Global Peace Mission

* Muslim Care


Dengan Kerjasama

* Majlis Bandaraya Shah Alam

* Nasyeed.com

* Muadz4peace.com



Untuk sebarang pertanyaan boleh hubungi kami


Office & Correspondence Address:

Lifeline 4 Gaza

c/o Biro HALUAN Palestin

16-1 Jalan Dinar A U3/A, Seksyen U3, Taman Subang Perdana

40150 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan, Malaysia.


http://www.lifeline4gaza.org

603 7846 4146
info@lifeline4gaza.org


Kepada anda yang tidak dapat hadir, harap dapat sebar luaskan maklumat ini kepada masyarakat sekitar dalam rangka membantu Palestin.


Anda juga boleh salurkan sumbangan ke
Tabung Palestin HALUAN
Maybank: 5644 9020 8528

Sunday, April 18, 2010

Lelaki Ini

Lelaki ini..Aku bukanlah nak bercerita tentang lagu Anuar Zain..Tapi aku ingin berkongsi tentang suara hati ini..Betapa lemahnya diri ini dengan dugaan dan ujian Allah..Kadang2 terasa diri ini dapat menempuhi ujian tersebut namun belum sampai beberapa minit dah bermacam2 gangguan yang berbisik untuk melemahkan diri ini..Semakin kuat aku melawan, makin kuat bisikan tersebut cuba melemahkan diri ini..Memang selalu tewas dengan bisikan tersebut..Kadang2 tak melawan langsung..

Mungkin kekuatan dalaman ini tak cukup kukuh dan kuat untuk melawan bisikan tersebut..Umpama foundation bangunan yang dibina tetapi tak cukup kuat untuk menampung loading dari structure tersebut..Maka bangunan tersebut akan mengalami cracking sebelum ia runtuh dan lenyap..Begitu juga diri kita ini..Perlukan foundation yang kukuh..Andai kata keyakinan pada Allah tak kuat, sukar itu kita nampak hikmah dengan apa yang terjadi dalam hidup kita..


"Ketahuilah dengan mengingati Allah, hati akan menjadi tenang"
-Surah ar-Rad: ayat 28-

Allah menjanjikan ketenangan hati apabila kita ingat kepada DIA..Allah tidak mungkir pada janji2 NYA..Mungkin keyakinan kita yang kurang mantap menyebabkan kita sukar mempraktik kan dalam kehidupan tetapi itulah janji Allah..Moga Allah kurniakan ketenangan kepada kita semua..Moga dengan ketenangan tersebut, kita akan terus menjadi hamba Allah yang bersyukur..InsyaAllah..

Tuesday, March 23, 2010

Futsal FKA

Bertarikh 21 Mac 2010 yg lepas, suatu tournament futsal telah dianjurkan oleh Persatuan Kejuruteraan Awam (PERKA)..Tournament tersebut diadakan di Sport Planet Shah Alam.."Kami" pun decide untuk hantar team yang telah diketuai oleh Adham Shuaib..Dia dengan penuh semangat, telah "membeli" beberapa barisan pemain iaitu Basyir, Mutalip, Najmuddin, Faizul, M.Nur dan Ahmad Yusuf(aku)..Actually, kami join tournament ni takde pun target nak sampai ke peringkat tinggi..Tapi rezeki Allah nk bagi, tanpa kami sangka kami berjaya menempah tempat ke-3..Alhamdulillah, suatu pencapaian yang tak disangka2..Moga kita teruskan semangat PUALAM Z FC ni untuk next tournament..InsyaAllah..

Poster FKA Futsal Tournament

Barisan pemain Pualam Z FC

Bersama penyokong2 tegar

Sesi menjamah hamper

Friday, March 12, 2010

Berbaik Sangka

Terpanggil sekali lagi diri ini untuk sama2 kita saling ingat mengingati antara satu sama lain..Saling memperbaiki dalam rangka untuk terus mendekatkan diri kita kepada Allah..Kehidupan yang kita kecapi pada hari ini bermakna Allah terus memberi peluang kepada kita untuk terus istiqamah untuk menjadi hambaNYA yang taat..Maka janganlah kita kufur dengan nikmat2 yang Allah berikan kepada kita..InsyaAllah..

Bersangka baik di sini adalah perasaan rasa takut dan harap yang saling bergandingan, ataupun rasa takut itu mengatasi rasa harap..Dan perasaan ini lahir dari hati kita..Allah adalah yang utama yang kita perlu bersangka baik..Dan seterusnya sesama manusia lebih2 lagi sesama Muslim..

Reaksi seorang hamba yang bersangka baik dengan Allah :
  • Apabila melakukan ibadah, dia bersangka baik bahawa Allah akan menerima ibadahnya dan membalas dengan sebaik-baik ganjaran
  • Apabila berdoa, dia tahu bahawa Allah akan memakbulkan doanya
  • Apabila dia berdosa, maka dia segara bertaubat dan bersangka baik bahawa Allah menerima taubatnya dan mengampunkan dosanya
  • Apabila ditimpa musibah, dia bersangka baik bahawa di sebalik ujian itu pasti ada hikmahnya
Reaksi seorang hamba yang bersangka baik sesama manusia :
  • Berpandangan positif pada seseorang dan mengabaikan perkara2 negatif
  • Tidak membuka aib dan keburukan saudara seIslam yang lain
  • Saling menasihati andai terdapat kekurangan pada individu tersebut
  • Saling mendoakan kebahagiaan dan kesejahteraan
  • Mudah memaafkan
Moga hati kita akan terus ditarbiyah dalam melahirkan sifat2 mahmudah yang mampu kita praktikkan dalam kehidupan seharian kita..Diri ini bukanlah cukup bagus untuk memberi nasihat, tetapi atas dasar ingin saling lengkap melengkapi antara satu sama lain..Moga Allah permudahkan perjalanan hidup kita sebagai hambaNYA

Saturday, February 27, 2010

Demi Masa

Tergerak hati ini untuk terus berkongsi tentang betapa penting nya penyucian jiwa kita dalam kehidupan seharian..Bukanlah kerana diri ini sudah cukup mantap tetapi untuk sama2 ingat-mengingati dalam rangka kita untuk terus hidup sebagai hamba yang diredhai oleh Allah s.w.t..Mari sama2 kita rujuk kepada makna Surah Al-'Asr dari ayat 1 hingga akhir :

1. Demi masa.
2. Sesungguhnya manusia itu benar-benar dalam kerugian,
3. kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal saleh dan nasihat menasihati supaya mentaati kebenaran dan nasihat menasihati supaya menetapi kesabaran.

Betapa ruginya waktu hidup kita andai kata kita tidak menggunakannya pada perkara benar..Setiap perkara yang kita kerjakan di muka bumi ini tidak pernah terlepas dari perhitungan Allah s.w.t..Setiap apa yang kita lakukan akan ditanya pada hari pengadilan kelak..Sedarlah bahawa maut itu sentiasa berada hampir dengan diri kita..Moga apa yang kita lakukan menjadi amal soleh yang akan dijadikan bekalan untuk bertemu Allah..


So, marilah sama2 kita renungkan dan terus muhasabah diri dalam rangka untuk menjadi hamba Allah yang taat..Moga jalan yang kita pilih untuk mendapat redha Allah merupakan jalan yang benar di mana2 Rasullah dan para sahabat2 baginda pernah lalui..Moga landasan kita sejajar dengan landasan baginda..Moga cara yang kita jalani tidak menyimpang dari cara yang telah digariskan dalam Al-Quran & Sunnah..InsyaAllah..

"Perjalanan di hari kiamat lebih jauh dari semua perjalanan. Jadi, ambillah semaksima yang mungkin bekalan mu untuk menuju bertemu Allah"
-Abu Dzar-

Rindu Padanya...

HIJJAZ - DIA KEKASIH ALLAH

Malu rasanya mengatakan cinta
Kepada dia kekasih Allah
Kerana dia insan mulia
Sedangkan diriku insan biasa

Ku pujuk jua hati dan jiwa
Meluahkan rasa cinta membara
Didalam pujian ucapan selawat
Tanda penghargaan seorang umat

Selagi upaya ku turuti ajarannya
Apa terdaya kuamalkan sunnahnya
Moga di dunia mendapat berkat
Di akhirat sana beroleh syafaat

Kerana peribadinya aku terpesona
Kerana budinya aku jatuh cinta
Rindu ku padanya tiada terkata
Nantikanlah daku di taman syurga

Ya rasul... ya rasul! ku rindu padamu.... syafaatkan daku
Ya rasul... ya rasul! syafaat kan daku.... ku rindu padamu

Sesungguhnya apa yang ku dambakan
Adalah cinta Allah yang Esa
Kerana cinta kepada Rasulullah
Bererti cinta kepada Allah

Selagi upaya ku turuti ajarannya
Apa terdaya kuamalkan sunnahnya
Moga di dunia mendapat berkat
Di akhirat sana beroleh syafaat

Kerana peribadinya aku terpesona
Kerana budinya aku jatuh cinta
Rindu ku padanya tiada terkata
Nantikanlah daku di taman syurga

Sesungguhnya apa yang ku dambakan
Adalah cinta Allah yang Esa
Kerana cinta kepada Rasulullah
Bererti cinta kepada Allah


Sekadar berkongsi dengan anda semua lirik nasyid...SALAM MAULIDUR RASUL

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More