Photo Raya 2010

“YA Allah, ampunilah aku dan ampunilah kedua-dua ibu bapaku dan cucurilah rahmat kepada mereka sebagaimana mereka mencurahkan kasih sayangnya memelihara dan mendidikku ketika kecil.”

Kelab Belia Haluan Ipoh

Sebuah kelab yang berdaftar di bawah Kementerian Belia dan Sukan. Boleh layari http://kbhi.blogspot.com untuk mengenali perjalanan dan aktiviti kelab ini

Untukmu Palestina Tercinta

Ya Allah, bantu dan selamatkan saudara kami kaum muslimin di Palestina. Ya Allah, timpakanlah kekalahan kepada orang-orang Yahudi terlaknat dan penolong-penolong dan sekutu-sekutu mereka.

Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadhan

"Wahai orang-orang beriman, diwajibkan keatas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan keatas orang-orang sebelum kamu, supaya kamu bertaqwa..." (Surah Al-Baqarah).

Chelsea 2011/2012

"The 4-3-3 is a system for us in the end where it is not just a striker, it is three forwards in the end, and we have this flexibility in the squad." Andre Villas-Boas

Followers

Saturday, June 25, 2011

Hati

"Ketahuilah dalam jasad itu ada seketul daging. Apabila soleh daging itu, maka solehlah jasad itu. Apabila rosak daging itu, maka rosaklah jasad itu. Dan ketahuilah bahawa daging itu adalah HATI"
Rasulullah saw (HR Bukhari dan Muslim)

Hati, merupakan raja dalam tubuh badan kita. Betapa hebatnya fungsi hati dalam hidup kita ini. Peringatan dari Rasulullah itu membawa maksud tentang perjalanan kita dalam menempuh pelbagai perkara dalam kehidupan ini. Hati yang rosak itu akan melakukan kerosakan bukan sahaja pada diri sendiri, bahkan juga pada sekeliling. Tambah teruk lagi, ia akan menjadi raja kebinasaan yang memberi arahan kepada si anggota yang mengikut kata raja dengan rela. Dan lama-kelamaan, hati itu akan menemui mati lebih awal sebelum jasadnya dan hati sudah terkubur di dalam jasad.

"Jika hati itu mati, maka perlu kita kebumikan. Tetapi tidak mampu kita kebumikan hati ke dalam tanah. Kerana itulah, hari ini banyak kubur-kubur yang berjalan"
Ibnu Qayyim

Kerana itulah hati perlu diproses, dilatih agar sentiasa hidup dan juga ditingkatkan supaya Allah tidak memalingkan hati-hati kita. Hati yang kuat itu akan lahir daripada tindakan kita dalam menjaga hubungan dengan Allah swt. Ia merasai ayat-ayat Allah berjalan dalam kehidupan dan merasai petunjuk dan pimpinan Allah dalam setiap gerak geri dalam perjalan hidup. Dan akan lahirlah kekuatan dan rasa tanggungjawab dalam memahami betapa pentingnya mendekatkan diri dengan Allah swt.

"Kekuatan bukan pada kaki, tetapi pada hati"
Daniel Bego (Olympics 2008)

Thursday, June 9, 2011

Lu Langsi Lu Mati!!

"A strong person is not the one who beats his rivals in wrestling, but a strong person is the one who controls his anger."
Rasulullah saw (Riwayat Bukhari)

"Lu Langsi, Lu Mati!!"
Antara ayat yang famous buat masa sekarang ni sebab ramai yang baru tengok cerita Kongsi lakonan Shaheizy Sam. Lepas tu belum apa2 keluar lagi, pulak cerita baru, KL Gangster. Yang ni gandingan pelakon semua power punya. Tapi terfikirkah kita apa sebenarnya yang cuba dibawa dalam filem ni?? Adakah nak menerapkan pada kita tentang keberanian dalam menegakkan sesuatu?? Atau semangat "ukhwah" yang tinggi dalam sesebuah kumpulan?? Atau mengajar teknik yang betul dalam sepaka terajang??

Realiti hari ini cuba menerapkan pada kita bahawa orang yang kuat ini adalah orang yang berjaya menewaskan lawan beliau dalam suatu pergaduhan. Bak kata si Tumulak, "KL ni kawe legend". Tapi se"legend" beliau, akhirnya sangkut di dalam longkang. Sedangkan dalam Hadith di atas, Rasulullah berpesan bahawa orang yang kuat adalah orang yang mampu mengawal marah dalam dirinya. Nak kawal marah lagi susah tambah pulak ada tambahan perisa "bisikan" dan "cucukan" di telinga. Silap2 boleh bertukar jadi hijau macam Incredible
Hulk.

So, kena banyak2 istighfar pada Allah moga dipermudahkan dalam mengawal perasaan. Kerana marah itu bukan sahaja memberi kesan pada orang, tapi juga memberi kesan pada diri sendiri. Contohnya time main futsal, dengan rasa geram anda dengan rasa tak bersalah dan slumbernya telah "cucuh terus" kaki member anda..Member anda injured dan sekaligus anda dan dia akan tak bertegur selepas match tersebut. Sayanglah kalau ukhwah itu kalah kerana sebiji bola. Sama-sama la kita muhasabah balik diri kita.
Wallahu'alam..

Tuesday, May 17, 2011

Mood Konvo

"Ilmu lebih utama dari harta. Ilmu adalah peninggalan Nabi, manakala harta adalah peninggalan Qarun dan Firaun. Ilmu akan bertambah apabila digunakan manakala harta makin berkurang apabila dibelanjakan, kecuali harta yang dimanfaat pada jalan Allah. Ilmu akan melindungi pemiliknya manakala harta perlukan perlindungan pemilknya."
-Saidina Ali ra-

Alhamdulillah, setelah lama mendiamkan diri dalam alam blogger ni aku kembali semula berkongsi suara hati untuk tatapan bersama. Mungkin sedikit busy dengan alam kerja yang baru je aku tempuhi. Kali ini just nak berkongsi tentang keutamaan ilmu daripada harta. Bila terbaca kata-kata Saidina Ali, memang betul setiap apa yang dituturkan. Memang ilmu lebih baik daripada harta kekayaan. Tetapi still perlu pada harta cumanya jika harta akan dianggap membazir kita tidak gunakan untuk perkara2 yang bermanfaat. Begitu juga ilmu, akan dianggap suatu pembaziran jika tidak diamal, tidak dikongsi dan tiada peningkatan. Antara pembaziran yang sering dilakukan, dipetik dari kata2 Ibnu Qayyim Al-Jauziyah.

Actually, aku tengah dalam mood CONVO ni. InsyaAllah kalau ada rezeki, bakal menyusul Jumaat ni di UiTM Shah Alam. Sebab kita selalu dilatih untuk berfikir dalam skop yang kecil dan kita rasa graduation adalah penutup pintu menuntut ilmu. Alam kerja adalah waktu untuk collect harta. Jadi, aku pun just nak berkongsi la kata2 di atas sebagai refreshment untuk kita semua untuk terus menuntut ilmu walau di situasi apa sekali pun. Moga ia menjadi amal ibadah kita dan bekalan untuk bertemu Allah.
Wallahu'alam..

Tuesday, April 19, 2011

Pelik Sungguh

PELIK YE!!!

RM 50 begitu besar untuk tabung masjid tapi terlalu kecil untuk supermarket
30 minit terlalu panjang untuk zikir tapi terlalu pendek untuk suatu cerita
Lama 1 jam di dalam masjid tapi kejap 2 jam di dalam wayang
30 minit tak sampai dengar khutbah dah bosan tapi tak cukup jika dengar lagu
Dengar iklan tengah sale tak sabar nak pergi tapi dengar azan tak sabar nak tukar channel
Pasar malam jauh sanggup naik kereta tapi yang dekat rasa berat nak pergi

Apabila terbaca statement di atas, bunyinya memang pelik tapi itulah hakikat yang sedang terjadi pada kita semua pada hari ini. Aku tak merujuk pada sesiapa, tetapi pada diri ini sendiri. Hampir kesemua terkena pada batang hidung sendiri. Nak ditunjukkan di sini bahawa terlalu berkiranya kita dengan Allah. Terlalu lemah hubungan kita dengan Maha Pencipta lagi Maha Bijaksana.

"Hendaklah kamu mencari keredhaan Allah daripada kemarahan manusia"
Rasulullah saw

Hubungan dengan Allah merupakan suatu persoalan yang utama dalam memantapkan ibadah kita di mana hati kita nak merasa kebersamaan dengan Allah. Merasa bahawa Allah itu Maha Melihat apa sahaja yang kita lakukan. Dunia hari ini mengajar kita untuk lebih menjaga pandangan dan penilaian manusia berbanding nilaian Allah swt. So, sama-sama kita muhasabah diri dalam memperbaiki hubungan kita hamba dengan Allah yang Maha Kuasa.

"Takutlah dengan Allah di waktu gelap dan terang"
Rasulullah saw

Friday, March 11, 2011

Peringatan Bersama

Dan apa jua yang menimpa kamu dari sesuatu kesusahan (atau bala bencana), maka ia adalah disebabkan apa yang kamu lakukan (dari perbuatan-perbuatan yang salah dan berdosa); dan (dalam pada itu) Allah memaafkan sebahagian besar dari dosa-dosa kamu.
Surah Asy-Syura: 30

TOKYO: Gempa bumi pada kadar 8.9 magnitud melanda Jepun awal petang tadi mengakibatkan tsunami hingga setinggi 10 meter melanda beberapa bandar kawasan pantai negara itu.
Kejadian itu mengakibatkan banyak kes kecederaan, namun jumlah kes kematian masih belum diperolehi dari kawasan yang dilanda bencana di pulau Honshu. Ombak setinggi 10 meter dilaporkan melanda Sendai di timur laut Miyagi, pulau Honshu mengakibatkan banyak kapal, kereta dan sisa runtuhan dihanyutkan ke kawasan bandar. Gempa bumi itu mengakibatkan gegaran kuat bangunan di Tokyo yang dihuni 30 juta penduduk.
Sekurang-kurangnya enam kes kebakaran dilaporkan di Tokyo akibat gempa selain menyebabkan sistem subway dihentikan, siren kecemasan dibunyikan dan orang ramai berpusu-pusu keluar dari bangunan. Kepulan asap dikesan membabitkan sekurang-kurangnya 10 lokasi di bandar raya itu di mana lebih empat juta kediaman terputus bekalan elektrik selain beberapa kawasan ditenggelami air termasuk kawasan letak kereta Disneyland Tokyo. Gempa bumi berlaku pada jam 2.46 petang (0546 GMT) selama dua minit dengan gempa pertama kira-kira 400 kilometer di timur laut Tokyo, menurut US Geological Survey.
Pesanan untuk kita bersama apabila berlaku kejadian macam ini..Allah beri peringatan kepada kita untuk kita sama-sama ambil iktibar dan pengajaran..Kita punyai akal yang Allah anugerahkan untuk kita berfikir dan sentiasa muhasabah diri..Gunakanlah sebaik-baiknya peluang dan kesempatan yang masih Allah berikan pada kita..Wallahu'alam..


Duit Oh Duit

With money you can buy a house but not a home
With money you can buy a clock but not time
With money you can buy a bed but not sleep
With money you can buy a book but not knowledge
With money you can see a doctor but not a good health
With money you can buy a position but not respect
With money you can buy blood but not life


Hanya sebagai renungan kita bersama..Actually, ayat-ayat ni aku ambil dalam satu article bertajuk "With Money"..Macam2 tafsiran kita boleh buat dengan petikan ni tapi bagi aku, article ni memberitahu pada kita bahawa Allah itu Maha Hebat lagi Maha Kaya.

Benar, kita boleh membeli buku sebanyak mana yang kita mahu tetapi ilmu itu adalah hak milik Allah..Harap petikan ini boleh memberi sedikit refreshment pada kita..InsyaAllah...


Sesungguhnya orang-orang yang beriman hanyalah orang-orang yang beriman kepada Allah dan Rasul-Nya kemudian mereka tidak ragu-ragu dan mereka berjihad dengan harta dan jiwa mereka pada jalan Allah, mereka itulah orang-orang yang benar.
Surah Al-Hujurat: 15

Monday, February 14, 2011

Ya Nabi Salam Alayka



Maher Zain - Salam Alayka

Sekadar berkongsi video ini..Rasanya nasyid yang ini belum lg ditranslate ke BM macam lagu InsyaAllah..=)

Salam Maulidur Rasul..Cintailah ALLAH dan RASUL melebihi segalanya..Wallahu'alam


Katakanlah (wahai Muhammad): "Jika bapa, anak, saudara, pasangan, kaum keluarga, harta yang kamu usahakan, perniagaan dan kediaman lebih kamu kasihi daripada Allah dan Rasul-Nya dan jihad pada jalan-Nya, maka nantilah hingga Allah mendatangkan perkara-Nya."

Surah At-Taubah: 24

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More